Iklan

.:Inilah Wajah-Wajah Penyeri Dan Penyokong Blog saye. SAYE SAYANG KALIAN:.

Saturday, April 30, 2011

KEK LAPIS SARAWAK PUNYA PASAL~

"Terbakar Kampung Nampak Asapnya,
Terkepam Belog, hilanglah pengunjung nya "

Lagi beberapa hari genap sebulan aku berbelog ni haa..
Tapi, sekali tengok entry, tak macam sebulan.. macam baru 7hari setengah je aku memberanakkan belog nih.

Si Kawan2 sebok tanye : "Apa pasal belog hang takdak cerita best?"
Si blogger2 tampan menawan pulak berkomen: "Bayakkan entry sendiri, dari entry join segmen blogger lain"

~Aiyoyoyo, anne solley~
 bukan lah dengan sengaja nya aku membiarkan blog ku ini kepam + bersawang begitu saja.
 Di tambah pula dengan bau2busuk + hapak  bila dah lama tak update entry dan belog di biarkan begitu saja..
ade sebab kenapa masalah negara ini telah berleluasa terjadik !!

Dan dengan ini mempersembahkan, tayangan unggul buat menjulingkan mata korang !!






Nampak? nampak?
juling ? tak juling?? 
baik !!
terliur ?? tak jugak ??
ceettt ! taknak ngaku sudah . *tanak bagi kek free ^^

sudah terang tang tang lagi bersuluh ! Nape belog aku jadik masam masin bile jarang update entry baru.
..KEK LAPIS SARAWAK PUNYE PASAL LA !!..

bukan sebab aku hantu ngan mende alah kat atas tuh.
tapi hari2, itula keje aku..
dok bersila tepi oven..
sambil mulut pot pet pot pet tak puas hati dok ngadap mende alah tu berjam2 lamenye.
kalau buat amek masa 30minit tahan lagi..
ini tak? habis separuh umurku kat kek lapis sarawak ni ha (*nampak benor nipunye ^^)
Last2, entry aku pun tak terupdate2..
tinggal lah masam bukan kepalang blog aku ni..

"wahai belog ku sayang..
jangan lah merajuk ok..
nanti i hadiahkan u banyak entry lagi kalau i sempat..
alololo, geli i , nyah ^^"

Tapi, tulah salah satu jalan aku nak carik rezeki..
dan jalan ini jugak yang Tuhan hadirkan depan mata aku untuk setiap suapan nasik ku.
aku bukanlah doktor, majistret atau lawyer. ahli muzik tak main lah nak dapat duit selonggok banyak macam dowang . TUP TUP!!! cukup bulan, keluar duit je..

Tapi, aku bangga dengan cara yang Tuhan tunjuk untuk aku cari rezeki ni..
Peniaga macam aku ni perlukan pergantungan hati yang kuat pada Tuhan..
Yelah,  rezeki peniaga kecil2an macam aku ni tak menentu..
time ade, banyak la rezeki..
kalau time takde, monyok la muke kami..
Mase tu la nak berbalik kepada Tuhan..
Mungkin cara ni yang terbaik untuk aku selalu dekat dengan Dia.
Ntah pe jadi kalau aku senang lenang camtu je..
Mesti aku lupekan tuhan camtu je.. 

"Maka dengan ini Tuhan, kami mohon jadikanlah kami Hamba yang tak kufur nikmat mu.
Sebab, Engkau Tuhan tak pernah mengungkit apa yang telah Engkau berikan kepada hamba2Mu.
Dan Engkau tak pernah mintak balasan mahupun bayaran diatas apa yang telah Kau berikan kepada Kami."

"Kami bangga menjadi HambaMu, 
Dan kami bangga, Engkau Tuhan kami ;)
Rezeki kan kami mencintai Mu sebagai mana Engkau mencintai Hamba2Mu ini.
Mudah2an tatkala hari kami bakal dijemput untuk menghadapMu nanti, hati kami sudah subur dengan Mencintai Mu, Tuhan..
Amiiiiiinnnn ;) "

Psss:// Kalau sampai aku ada tersilap bicara, mudah2an ada yang sudi datang betulkan ;)

Friday, April 29, 2011

MURTABAK TELUR TAK BASUH ?? SORRY~

Aku ingat lagi, seorang peniaga murtabak yang berniaga kat depan tapak bapak aku niaga !
berkerumun pelanggan dok beratur tunggu giliran murtabak masing2. dalam hati dok tertanya2, sedap ke?
aku Tengok sekali, biasa je..
tapi, tengok dua kali, iman aku dah mula goyah !
dan akhirnya Setelah digoda nafsuku berkali2,  aku kecundang jugak.. (*macam putus cinta)
aku capai note RM5, pi rapat kat gerai p.cik tuh.. sambil senyum ala2 siput sedut gitu..

*gambar ihsan dari Pak Cik Google


Pi dekat, Pi rapat, TUP TUP !! SENTAP!!
 Peerrgghhh, SENTAP SEKALI LAGI !! Ape kejadinya?? Telur tak basuh !
terus arwah selera aku pada murtabak serta merta !
Maka terbantutlah rezeki pak cik tu sedikit gara2 pelanggan seperti aku lari berpaling arah pada yang lain . 

dalam hati aku : "Murtabak telur tak basuh?? Sorry !!"
dan aku tertanya2 : "Macam mane pelanggan yang nak beli murtabak dia tu boleh rabun tak nampak telur terang tang tang tak basuh tu?


*kalau dah basuh, tapi letak balik atas bekas telur ni pun, tetap la kotor  jugak.sebab bekas telur ni asal nye memang  tempat letak telur yang memang sediakala tak basuh !!


...OH PAK CIK, KENAPA MESTI TELUR TAK BASUH?...
..KENAPA ?? KENAPA??..

Serius !! Dah lame sangat mengidam teringin nak melahap MURTABAK !!
tak kesah la murtabak daging ke, murtabak ayam ke, murtabak arnab ke (ade ke murtabak arnab?)
asalkan bende tu speisis murtabak, memang aku mengidam kaw kaw punye !
Nak buat sendirik? Dah buat dah, tak dak bakat ! koyak rabak je jadinye ^^ *malu sat :)

Aku pandang kiri, aku pandang kanan,
sungguh, takde murtabak yang suci lagi murni yang dapat ku temui..
semuanya ternoda dengan najis2 ayam tu..

OH PENIAGA MURTABAK ! 
*khusus buat yang malas cuci telur ayam
sampai hati korang tak menitik beratkan langsung hal2 kebersihan ni ye?
sedangkan makanan tu nanti akan terus masuk kedalam perut, dan membentuk daging untuk aku, kau, kamu dan sekalian yang ade untuk kami  membesar..
takkan kami nak membesar dengan makanan yang bernajis ?

"PLEASSSSSSSSSSSEEE LAHH!!"
sentap hati mak, nak !
bila teringin sangat nak makan murtabak, gagah pi cari untuk bantu pendapatan rezeki korang,
aleh-aleh, tengok korang tak basuh telur. rugi ke kalau kite jadik pembersih?
sampai hati kau, nak. (*seolah2 peniaga murtabak tu semua anak aku la pulak) 

Tahukah korang, bahawasanya najis ayam mengandungi E Coli dan Samonella yang mana boleh menyebabkan keracunan makanan? (bunyi kandungan najis ayam tu memalukan. ^^)

"BUKANKAH HATI YANG BERSIH ITU DITEMPA DARI MAKANAN YANG BERSIH??"

Mak bapak aku selalu berpesan:
"hang,kalau nak makan, pastikan makanan tu bersih. bersih sebab baik untuk kesihatan hang jugak, lagi satu baik untuk hati jugak. kalau dok asyik makan makanan tak bersih, kotor hati tu. susah nak dengar nasihat orang nanti, orang tegur benda baik pun susah nak terima, sebab hati dah kotor"
Dan Allah juga berfirman:
"KEBERSIHAN ITU SEPARUH DARIPADA IMAN"

kalau dah benda kecik macam ni pun, kita tak boleh nak peka, macam mana la bab2 kebersihan yang lain??
Dan kalaulah  hal2, kebersihan begini pun kita boleh abaikan, maka hilangkah lah sudah separuh daripada iman kita. Apakah hal2 yang lain boleh membina iman kita jika perkara sekecik ni pun kita tak mampu nak selesaikan.. Tak rugi pun kalau jadi seorang yang pembersih.
Allah suka,
Rasulullah suka,
Aku suka,
Kau suka,
Mereka suka,
Semua suka !!

Tak percaya? Carilah dan tanyelah pada mane2 manusia, siapa yang tak sukakan sesuatu yang bersih, indah dan suci? semua suka.
*Lainlah kalau orang gila. nama pun gila. tentu lah tak dapat bezakan mana buruk, mana baik.

Ok. Sekianlah adanya ;)

Pss://Doakan supaya peniaga2 makanan diluar sana sentiasa menjaga kebersihan. Kalau kita tak sama membantu, siapa lagi nak bantu kan. Kalau pun tak boleh membantu secara dekat,mendoakannya pun dah dikira membantu ;)

*kalau sampai saya ada tersilap, mudah2an ada yang sudi datang dan betulkan kesilapan saya;)

Thursday, April 28, 2011

SANTAI BEN ASHAARI: KENAPA AKU SEORANG BLOGGER

Klik sini meh, kalau teringin nak join ^^
Ada orang menulis atau berblog kerana hobi,ada yang kerana minat,ada juga kerana mencari rezeki. Tak kurang yang menulis untuk populariti,ada yang untuk mencaci maki,dan bermacam-macam tujuan lagi.

bukan senang sebenarnya mahu menjadi seorang blogger ini. apatah lagi, setiap hasil tulisan kita menjadi tatapan umum. Dan pernahkah korang mendengar bahawa:

"PENULISAN ITU LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG"
 Kalau pedang yang tajam + panjang yang selalu keluar cahaya  tu,boleh sampai memenggal kepala dengan sekali hayunan, bayangkan pula ,penulisan itu boleh memenggal hanya dengan mata pena mahupun bait2 ayat yang telah disusun. Hebat bukan penangan penulisan?
Kerana itu,kita harus lebih berhati-hati dalam menulis ni. Kalau yang kita tulis itu berbentuk umum,peribadi dan sebagainya, itu masih boleh dianggap biasa.

Tapi, kalau sampai menulis tentang sesuatu yang menyimpang jauh dari realiti, bagaimana pula?
Kadang-kadang penulis hanya mengandai-andai kemudian membuat kesimpulan sendiri.
Hakikatnya pembaca membaca apa yang penulis fikirkan,tapi bukan suatu kebenaran. Akhirnya,berapa ramai yang menjadi mangsa penulisan yang tidak bertanggungjawab.



 Dan, beringatlah !! Apakah tulisan kita nanti akan sampai menimbulkan pecah belah,atau pun dengan tulisan kita akan menyelesaikan masalah. 
Semua itu harus diambil kira kerna setiap perbuatan kita nanti akan ditanya ALLAH.

berbalik kepada soalan PAK HENCEK BENG BENG BOOM
...KENAPA AKU SEORANG BLOGGER??...
kerana aku mahu menjadikan bidang penulisan aku ini sebagai satu momentum terbaik untuk aku sampaikan sesuatu ilmu pada orang lain. bukanlah aku nak cakap, aku ini seorang yang banyak ilmu. tapi, ilmu yang ada , pengalaman yang ada kan bertambah baik jikalau dapat dikongsikan bersama walaupun sedikit.
nanti, bertambah berkat ilmu yang kite perolehi itu nanti.

macam Rasulullah pernah berkata:
"DAN SAMPAIKANLAH DARIKU WALAUPUN HANYA SEPOTONG AYAT"

ok. sekian, terima kasih !
*kalau sampai aku ada tersilap dalam menulis, moga ada yang sudi datang betulkan kesalahan aku ^^
*kalau yang baik tu, bukan asli dan original dari aku. Semua dari Allah ^^

Wednesday, April 27, 2011

Belog Berkepam Masam Masin + Bacin = ??

Assalamualaikum pembuka bicara,
kepada rakan dan taulan semua yang ada,
(Perrgghh ! ayat nak skema boria saje )

Sila lihat tajuk diatas. dan baca dengan nada yang KERAS !
dan belek plak belog aku. lihat. bape ketul entry je yang ade? boley di bilang sambil tidur bukan?
banyak lagi bulu kaki aku dari entry kat blog aku nih.

why? wat hepen? waddehek !! (pinjam ayat man yusoef)
 
Last entry aku 22 APRIL 2011.
ce bilang, ce bilang? bape kurun dah aku tak update belog?
Peerrrghh ! Mane tak bersawang belog ni?
datang follower2  mantap + hensem + comey  mai jenguk belog aku,
 
22. 04.2011 - Entry segmen Ben Ashaari? (bagus budak ni join segmen BA)
*persolannye, ade ke orang puji? haha
 
23. 04. 2011- Entry segmen Ben Ashaari lagik? (takde pun entry baru. malam ni kot..)
*persoalannye, ade ke orang jenguk blog aku ? hehe

24. 04. 2011 - Entry Segmen Ben Ashaari lagik???? ( Perrgghhh! dasar pemalas)
*dialog di atas menunjukkan follower aku sedang murka kat aku. ;)

25.04.2011 - Entry Segmen Ben Ashaari tak berganjak lagi? (tak dapat diselamatkan la tuh)
*bunyi macam dah nyawa2 ikan sangat dah blog ni.

26. 04. 2011 - Entry Segmen Ben Ashaari masih kekal sebagai latest entry? 
(Buang je la belog ko kalau tak reti nak update2!!)
 
kite bakor je belog dia, kite bakor je belog dia !!
*agaknye, ade lagi tak pasni orang nak jenguk2 belog kepam aku ni eh?

27. 04. 2011 - Belog Berkepam Masam Masin + Bacin = ??

dan tajuk 18sx diatas ni la merupakan entry terbaru aku setelah berjanggut2 aku tak update.

.. apa pasal?..
.. kenape boley jadik camni?..
..kenapa aku pemalas sangat?.
..kenapa?..
..katakan kenapa?..
 
kalau kepam lame2 belog ni, boley jadik strawberry coklat, sedap gak kan? ade gak manfaat nye.

nyumm, nyumm !
mood: kebulur +mengidam

ok. sekian !
(jawapan kenapa belog aku jadik sadis camni??? next entry..)
*jeng, jeng, jeng, konon2 suspender la tuh..

Saturday, April 23, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !!

Terjah Bro Beng Beng Boom Cepat !!
Assalamualaikum, 
Tengok header kat atas tuh. Then, ketahuilah bahawasanya  Brader Baju Biru atas tu telah bikin segmen lagi. untuk yang entah ke berapa juta kalinya .. (^~^) 
Sungguh tiada kejemuan + kebosanan beliau ye, dalam memeriahkan dunia blog nih ! Tabik spring lah aku kat beliau.. So, aku pun turut teringin nak terjebak dalam kancah segmen ni. Bunyi cam kancah maksiat je kan. haha !
(Hencek Ben, sila kembang 5minit selepas dipuji ini)

Syarat- syarat yang di kira sah untuk join . 

1.Letak header Abang Ben kat atas sekali tuh.. Header pilihan malaya tuuu. 
Kalah header Ujang Kuat Kentut. Haha ! Done ! Dak letak dah header Hencek Beng .  


2.Tajuk: BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !!
sudah !! terang tang tang aku tepek kat atas sekali. lau tak nampak, sila bawak mengucap sepenuh hati. ade tande2 sesutu yang buruk bakal datang lah tu ;) 


3.Hencek Beng tanye pulak : Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog ?
Siapa? Perrghh ! Perlukah aku libatkan manusia itu dalam soal jawab ini? Hmm. menurut kaji selidik aku lah,
Manusia ini lah yang telah mempengaruhi aku + menjebakkan aku dalam kancah maksiat dunia blog ni. Dan Manusia ini juga serta  Minachi ini jugak
yang telah meracuni kotak fikiran ku agar berjinak2 dengan dosa dunia blog ni.  
Mereka lah suspek utama penjenayah  yang mempengaruhi aku !!
ok, done ! jawab dah.


4.Hencek Ben masih meneruskan soal siasat nya : Siapakah sumber inspirasi anda?
Aduhaii.. soklan, takde ke yang berunsur kacang goreng mahupun kacang bendi.
ini soalan kacang panjang ! 
Baik, dengan angkuh + hidung kembang kempis nya, aku menjawab..
Blog ini lah yang menjadi sumber inspirasi utama aku !
dan  Blog mak hencek ni jugak . Kenapa?Dah hencek Beng tanye, aku jawablah yang ni ;)


5.Hencek Beng cakap: Kalau dah puas mengarut membebel + berleter  sila paste kan entry korang kat SINI
ok, sekarang,  selesai keje aku dah =)

Sape2 lagi yang mengidam teringin nak join segmen Hencek Beng ni, sila angkat tangan macam awok ni haa;)
udahnye, janganle ngangkat tangan goyang2 aje, moh le pakat join ikut awok.
~soley, soley !
~kite bako jer, kite bakor je blog Pak Beng tu..
eh, awok silap !
~kite Gegor je, kite gegor je blog Pak beng tuh !!


Thursday, April 21, 2011

Bicara Politik Malaysia: Apa Pandangan Peribadi Anda Tentang Kes Liwat Anwar Ibrahim?

Kita sendiri tidak menduga , bahkan tidak pernah terfikir pun, satu lagi najis tersimbah ke muka orang Melayu dan umat islam di Malaysia ini.
Sesudah kes liwat siri pertama (1998) dan kini datang pula kes liwat siri kedua (2010) dipertuduhkan sekali lagi ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 Apa maksud Tuhan disebalik kejadian ini?
Apa pula pandangan masyarakat?
Ada yang sibuk bercakap2 tentangnya,
ada pula yang tidak ambil peduli langsung tentangnya..
Terpulang kepada individu masing-masing.
Maka, keluarlah spekulasi berbagai2 versi dari mulut masing-masing..
bla bla bla, itu ini, dan macam2 lagi..

Dan akhirnya, aku tertarik dengan pandangan peribadi yang telah disuarakan oleh seorang Tokoh wanita ini.
 UMMU JAH gelarannya..
ntah ! mungkin segelintir dari kita mengenalinya dari sudut negatif,
dan mungkin juga segelintir dari kita mengenalinya dari sudut positif.
bagi aku, tiada apa yang negatif tentangnya..
nak bercakap tentang keburukan orang pun, aku jauh lebih teruk darinya.

dan disini aku letakkan pandangan peribadi Ummu Jah tentang kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Ummu Jah:

"Kes Anwar yang sedang dibicarakan di Makhamah Malaysia, pada saya, sukar untuk mencapai keadilan yang seadil-adilnya. Sebab selagi seorang manusia , sangat terbataslah kemampuannya untuk membuat yang sebaik-baiknya. Bukankah kita ada sebesar-besar makhamah? Yakni KAABAH? 
Kalau benarlah bahawa Anwar itu benar, datanglah ke kaabah. Nescaya Allah S.W.T akan menjawabnya. Biar Allah lah yang memberi pengadilan dihadapan rumah Nya yang mampu juga bertindak sebagai makhamah itu."

itu pandangan peribadi Ummu Jah, dan aku juga mengiyakannya.
Bukankah, kita juga sendiri pernah mendengar bahawa, sesiapa yang melakukan sesuatu kesalahan itu, dan dia menjejakkan kaki nya di Rumah Allah, yakni Tanah Suci Mekkah, maka terjawablah sendiri akan kesalahan2 yang dibuat.
Allah bayar cash disana. Kerana Mekah merupakan Tanah yang sangat diharamkan darinya melakukan sesuatu kesalahan atau dosa . jika berlaku, maka tidak lah Allah akan membiarkannya begitu sahaja. Mana mungkin Tuhan membiarkan Tanah suci itu ternoda dari dosa?

Tepuk dada, tanya jawapan anda..

*Aku sekadar memberi pendapat juga, jika terdapat hal2 yang menyentuh sensitiviti sesiapa, mohon maaf yang berjuta2 lemon.

Monday, April 18, 2011

Giveaway Ujang9897

Klik sini untuk main cak, cak ngan Hencek Ujang
Assalamualaikum..
Sedang berjalan, memusing2 kat dunia blog ni, tup, tup ! 
tanpa disedari jumpe satu kontes ni kat blog Si Manis Sha   
Ade sorang Jejaka kipas susah mati Lisa Surihani ni buat give away lah;)
 
Hadiahnya: Dapat makan nasik minyak free Hencek ujang bersama Lisa Surihani dan madunya Cek mata bolat, heliza Helmi.. Waahhh, rakus gitu ;) ok, saye tipu !!
Kate Ujang: Langkah pertama: Sila Letak Header Pilihan Malaysia Kat Atas Tuh (tak wajib)
bunyi cam tak wajib, tapi sekali usya, macam dah jatuh wajib plak. so, letak jela.. Hencek Ujang, nampak gaya nya, terpaksalah aku akur atas pilihan header terhebat Malaya nih. sila berbangga sebentar =)

Kata Ujang lagi: Langkah KeDua,Letak Satu Gambar Korang Yang Sempoi (tak wajib)
tak wajib lagik? meh, nak letak jugak.. sila lihat dengan kadar paru2 yang sehat. takut dilanda heart attack;)

done ! dah letak dah gambo yang tak wajib neyh. 
betapalah muke2 diatas mengalami kesakitan + kebiulan + kesengalan yang amat mengerikan. Shamsul Yusoff, sila ambil kami berlakon filem seram pasni ye. Ini notis wajib.  ;)

Kate Ujang jugak:Langkah ketiga,Bebel la apa2, nak kutuk blog aku pun boleh. (tak wajib)
haha. bab2 kutuk ni, best sangat la. tapi, notis tu trang tang tang tuleh tak wajib.
so, terpaksa lah aku menshadapkan diri dari mengutuk ujang ni ;)
done ! saye tak kutuk anda kan, kan,?

Last sekali Ujang kate: Tag la 2 orang, then bagitau la mereka ye (,")
ok, mempersembahkan, nak tepek 2 orang minachi kat sini..
dan paling penting,
 
Siap sudah. Hencek Ujang yang budiman, semoga suksess selalu..
*sepatutnya ucapan diatas Ujang yang tujukan kat aku kan? hehe

Selamat melibatkan diri;)
untuk Hencek Ujang, Semoga kehidupanmu sentiasa dalam keberkatan Tuhan..
*oh, skema sebentar ;)


Sincerely From Shima Untuk Sahabat Blogger


 
Assalamualaikum..
Terjumpe iklan ni kat blog sorang mak cik pean ni. nak tau sape? < Klik Sini>, nanti keluar la gambo mak cik peah sorang yang telah promot segmen ni.. hehe~ Thanks untuk itu makcik, sharing is caring kan?
"Berkongsi itu Membawa KeBerkatan"
ye dak ? (~_^)

By da way, Persahabatan itu indah kalau dikeranakan kerana Tuhan. Sebab, kalau segala2nya kita buat kerana Allah, tiada kekecewaan, sebaliknya kalau dikeranakan kerana manusia? Sumpah ! memang selalunya bakal menemui kekecewaan. Jadi, bersahabatlah kerana Allah..
(ewah2, ade bakat jadik ustazah muda kan? hehe)

Jadik, jom ramai, pakat turun padang, ajak mak,
ayah,
adik ,
kakak, 
abang, 
jiran sebelah umah, 
Pak cik Kassim, 
Zizan Raja lawak, 
Pengerusi jawatankuasa Kampung Pisang, 
Ah Meng,
Raju a/p Sivamaniam
Ahli Lembaga Pengarah,
tak kire tua atau muda,
join la ini kontes.. hehehe. *Promot sakan nampak =) 
 
 *Jalinkan Persahabatan yang kite bina kerana Allah ye.. Insyaallah akan bertambah berkat*

see? kegilaan + kebiulan telah melanda kami.
hope kite kawan sampai bebile ye, walaupun time tu aku dah arwah ye =)
sayaaaaaaaaaaaaaang kau, sayaaaaaaaaaang kawan2ku sume
 :
:
:
:
:
:
then, meh nak promot name membe comot sebelah yang pakai spek mate cam nenek2 tuh=)
sila, sila lah ke blog mak cik pink tuh..
meh klik sini meh
 
 
Lastly, thanks pada Si Gadis cek mek molek yang wat kontes nih.
bagus, bagus ! keep it on..
semangat nak berkasih sayang..
tak salah kan?
asalkan kasih dan sayang yang di alirkan tu selaras dengan kehendak tuhan=)
 
 
dan rapatkanlah kasih sayang sesame kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini=)


Sunday, April 17, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI !!

Assalamualaikum(^~^)
Bro Ben Ben Boom mahu menggegarkan kembali dunia blog ni.
jom pakat ramai turun padang join segmen ni.. heeee~

Punye hati + ade hajat + ade keinginan + mengidam nak join?
jangan malu, jangan segan, meh pakat < KLIK SINI CEPAT >
sape cepat, dye dapat =)
selamat mencube ;)

Saturday, April 9, 2011

~Jeritan Roh Si Mati~

            Kereta dipandu laju seolah-olah bagai dikejar hantu. Tidak dihiraukan jarum meter sudah menjangkau ke angka 120. Hatinya begitu puas sekali kerana dapat memotong semua kereta dihadapannya. Rasa-rasanya, dialah raja jalanan pada malam itu.

Tanpa disedari malaikat Izrail sedang menanti nya di suatu persimpangan. Dan dengan sekelip mata, brek kereta ditekan dengan sepenuh hatinya, kedengaranlah satu dentuman kuat. akhirnya kereta yang dipandu laju, telah merempuh sebatang pokok.




Kini sebuah lagi kematian telah berlaku. Pemuda yang tadinya segak gagah memecut BMW nya, kini sudah hancur tubuhnya dengan sekelip mata sahaja. Hilang sudah segala kehebatan yang dibanggakan nya. Mayat dibawa ke hospital untuk diperiksa. setelah selesai, ia diusung ke bilik mayat. Dia kemudian dibawa pulang kerumah. Kaum keluarga ramai yang datang untuk memberi penghormatan terakhir. Pak imam dari kampung turut diundang untuk menguruskan jenazah.

Jelas sekarang, sekujur tubuh terbaring, mukanya pucat, sejuk, dan beku kaku tak bermaya. Tetapi, nun di satu sudut, Rohnya masih berada disisi jasad memerhati kan saja tubuhnya diperlakukan orang. Sewaktu semua perhiasan dan pakaian yang dibanggakan dahulu dibukakan, maka terdengarlah roh menjerit2, merintih2 dan merayu2. Semua makhluk Tuhan mendengar nya kecuali jin dan manusia.

            "Wahai orang yang memandikan, kuminta kepadamu kerana Allah, supaya melepaskan pakaianku dengan perlahan2. Kerana, pada saat ini, aku baru sahaja beristirehat daripada pedihnya seretan malaikat maut"


Begitu juga sewaktu dimandikan, dikafankan, dan seterusnya sewaktu diusung ke kubur. Rohnya sentiasa merintih mengharapkan pembelaan daripada manusia. Sewaktu air disiramkan kebadannya, berteriaklah:

           "Wahai orang yang memandikan Roh Allah, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas dan jangan pula terlalu sejuk. Kerana tubuhku terbakar dengan keluarnya Rohku dari jasadku ini"

Dan ketika mereka memandikan, maka berkatalah roh:

           "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat. kerana tubuhku luka-luka dengan keluarnya rohku" 


sewaktu dimandikan dan dibersihkan najis pada kemaluan , janganlah dibiarkan mayat tersebut terdedah hingga menampakkan auratnya. sudah tentu roh berasa malu dan menangis bila auratnya dipertontonkan pada orang. Sedangkan ketika hidup sangat dijaga auratnya itu. Begitulah seterusnya... Mayat merasa sakit sekiranya tubuhnya diperlakukan secara kasar.  Untuk mengatasi masalah ini, keluarga dan tetamu yang datang janganlah sekadar memerhati dan bersedih. Sebaliknya, hulurkanlah bantuan dengan menghadiahkan bacaan yassin atau sekurang2nya hadiahkanlah Al-fatihah.

Rasulullah sendiri melarang berbual hal-hal dunia dihadapan mayat. Apalagi mengumpat dan menceritakan keburukannya ketika dia masih hidup. Begitu juga memasak, makan dan minum dirumah yang didalamnya ada mayat. Usahakanlah memberi bantuan kepada kaum keluarga yang telah kematian saudaranya.
Sewaktu mayat keluar dari Rumah, Roh pun menyeru:

           "Demi Allah wahai saudaraku, Aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. anak-anak ku menjadi yatim, maka janganlah kalian menyakiti mereka"
           
          "Sesungguhnya, pada hari ini aku telah dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali buat selama-lamanya"

Tuesday, April 5, 2011

~Pergilah Dikau Wahai Sayangku~


       "Tolooooooooooooongg !! Aku tidak mahu ke sana. Aku tak mahu !!"

       "Rumah besarku, isteri-isteriku  yang masih muda, anak-anak ku yang cantik dan handsome..
Aduhai segala kesayanganku.. Aku tidak mahu berpisah dari kalian semua. Tinggalkan saja aku dirumah besar ini. Rumah yang aku beli hasil dari penat lelah dan titik peluh ku sendiri.."

      "Hah ?? Apa katamu?? Hasil penat lelahmu?? Engkau memang boleh menutup pandangan manusia, tetapi sehebat mana pun engkau, engkau tidak akan mampu menutup pandanganku.. "

      "Siapakah engkau yang berani mempersoalkan hal aku? "

    "Dengan duit apa enkau beli rumah ini? Masihkah engkau ingat?"

     "Mestilah hasil dari duit gajiku. Ya !! Duit gajiku yang telah ku kumpul setiap bulan.."

     "Ha, ha, ha, ha !! Duit gaji, engkau kata?? Duit gaji RM3000 sebulan untuk membeli rumah sebesar dan semewah ini?" Suara itu seakan-akan mengejek.






         "Oh, baru ku ingat. Aku juga membelinya dengan hasil bisness yang aku buat. Ya, ya .. Duit bisness ku.."


        "Duit bisness?"
Ahh !! Kenapa suara itu sering datang mengangguku? Bukan urusannya untuk campur tangan urusanku !!

       "Apa kau lupa peristiwa di pejabatmu yang berlaku tempoh hari? Apa yang telah Tauke A selitkan didalam hamper yang telah diberikan kepada enkau. Engkau ingat aku tidak tahu?"

       " Aarrgghh.. !! Itu hadiah dari nya untuk ku. Tak salah bukan?"

      "Rasuah tak salah?? Duit riba tak salah?? Siapa yang mengajarmu,wahai manusia?"

Dari jauh ku lihat begitu ramai orang yang mendatangi ke rumahku. dan sempat juga aku terdengar suara-suara mereka berbisik.. dan sempat juga aku mendengar Pak Imam berbisik sesuatu kepada Tok Siak.
"Kerandanya sudah siap?" Bisik Pak imam.

Tok Siak menganggukkkan kepalanya sebagai tanda menjawab soalan Pak Imam.

         "Eh, eh ! Kemanakah aku mahu dibawa pergi? Aku tidak mahu pergi.. Toloooooongg"

        "Engkau akan ke rumah mu.." Suara itu datang lagi.

         "Mana aku ada rumah lain selain rymahku yang besar dan indah ini.."

        "Rumahmu itu nanti hanya ada satu liang lahad yang sempit dan gelap gelita."

         "Aku takuuuuuttt. Aku benci tempat begitu. Aku tentu rimas berada disana nanti. Aku tidak mahu!!"

         "Apakah kau mahu tinggal di rumah yang besar tersergam indah atau istana kayangan?" Suara itu mengujiku. Ahhh! Tentu sahajalah aku mahukannya.

         "Ha, ha, ha.. Berangan mahu tinggal di rumah yang indah.."

Kenapa tertawa?? Tidak layakkah aku tinggal di istana yang besar, dirumah yang gah tersergam indah?? Begitu berani dia memperlecehkan kedudukanku. Tidakkah dia tahu bahawa aku sering sahaja mendapat tempat yang teristimewa didalam sesebuah majlis yang aku hadiri?

        "Darjat dan pangkat mu tidak bernilai lagi. Darjat yang engkau perolehi itulah telah menjahanamkan diri engkau. Engkau menjadi orang yang sungguh ego, bakhil, dan memandang rendah pada orang lain. Seolah-olah kau mampu segala-galanya. Engkau tahu istana indah itu untuk siapa?"

Pelik! Mengapa pula aku yang ditanya? Manalah aku tahu.

       "Istana itu hanya untuk mereka yang MengEsakan Allah. Tetapi kau?? Engkau tak mampu bahkan tidak pernah memenuhi syarat-syarat itu sebagai hamba Allah.

      "Aku solat penuh. Aku puasa. Bahkan sekarang aku sudah pun bergelar haji"

      "Apakah engkau fikir itu sudah cukup buat kau sebagai tuntutan seorang Islam? Setiap  hari orang rumah mu membuang sisa-sisa makanan sedangkan ada anak-anak jiranmu menangis kelaparan. Pernahkah engkau fikirkan? engkau tahu apakah balasan yang engkau akan terima nanti.."


Ohhh.. Apakah lagi alasanku untuk membela diriku ini?

       "Baiklah, kita angkat jenazah ini perlahan-lahan." Sayup-sayup kedengaran suara Pak Imam.

Rumah besarku tersergam indah dihadapan mataku.. Namun?? Pergilah dikau segala kesayanganku. Hari ini, isteri kesayanganku telah menjadi janda. Hari ini juga anak-anak ku, telah menjadi yatim. Demi Allah, wahai kesayanganku disana.. Aku tidak akan kembali lagi bersama kalian.

Janganlah mereka yang kusayangi ini disakiti hatinya. Ku tatap satu demi satu wajah-wajah di sekelilingku. semuanya murung. Langkah- langkah mula diatur.. Ohhh..
Aduhai Kesayang-kesayanganku..

         "Wahai kesayanganku. Wahai saudara-saudaraku, Aku telah diperdaya hidup-hidup oleh dunia. Betapa malangnya seumur hidupku ini. Kalian, ambillah pengajaran di atas pemergian ku ini. Aku kini menyesal. Tapi segala2 nya tidak akan berguna lagi.."

        " Huh !! Siapa itu yang masih mampu tersenyum disana melihat jasadku? Sungguh kamu akan menyesal nanti. Tertawalah sepuas-puasnya hari ini, kerana esok kamu bakal menangis semahu- mahunya"

Monday, April 4, 2011

Saye Kate: "Assalamualaikum.."


"Dimulakan dengan Bismillah..
Disudahi dengan Alhamdulillah..
Begitulah sehari dalam hidup kita.. Mudah2 han diramati Allah.."

Biasalah. bila hati senang, mula la nak menyanyi2 tak tentu pasal kan. walaupun suara macam katak kena petir , tapi, lau dah seronok tu, rase cam suara celine dion pun ade. haha.

Bagaimana boleh terjadinya sketsa begini dalam kehidupan2 seharian kita? salah satu nye adalah gara2 Excited-bited berlebihan.

macam aku sekarang. semangat tengah berkobar nak berbelog. apa pasat? nak kata ade bakat terendam dalam lubuk fizikal ku yang bantut lagi kemetot bak ayam katek ni, takde plak.. so, masih tercari2 niat suci yang sebenar2 sucinya, mengapa aku berbelog ni. (ayat, ala2 ketua wanita negara plak.. hehe)

jadi..
dipersembakan dengan segala kembang kempis hidungku yang sediakala kembang ini ,
sebuah blog baru, yang telah dikendalikan oleh minachi yang baru nak bertatih-tatuh dalam dunia blogging ni. 
minachi yang telah diberi nama Ummu Khaulah Binti Hasan , oleh sepasang suami isteri . 

so, pengunjung2 ku sekalian..
yang TERcantik, TERhensem, TERcun, TERkacak, TERbaik, TERsopan,, terima kasih yang berbanyak-banyak kasih nya kulayangkan buat kalian.. (harap2 sampai la ye..) 
diatas kelapangan kamu2 sekalian merayau, rayau dan akhirnya terhenti dan meninjau nijau sekeliling blog aku yang sedikit sebanyak serba serbi kekurangan nye amatlah terserlah.. (oh, see? how skema am i?)

sungguh !! kesudian dan kasih sayang kalian untuk melapangkan diri membaca bebelan aku ni sangat2 la aku hargai.. 

berjuta-jutaan terima kasih khas untuk kamu dan kamu dan kamu lagi serta kamu-kamu yang lain..

Hepi berbelogging..(bahasa omputih pasar ^~^)  


Terima Kasih Kalian Ku sayang.. 
Syukran Kasiran..
Domo arigato gozaimasu !
Grasias mucho gusto !
Kamsahanida !
Toce- toce.. (^_~) 

Pssss:: jangan malu2 follow kite, Lot oF Love~ 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...