Iklan

.:Inilah Wajah-Wajah Penyeri Dan Penyokong Blog saye. SAYE SAYANG KALIAN:.

Thursday, July 28, 2011

Aku Hanya Seekor Kambing Dungu

Hidup adalah perjalanan dari alam ghaib ke alam ghaib. Dunia hanya persinggahan. Aku adalah musafir malang. Aku tak tahu nasibku apakah berakhir di Syurga atau Neraka. Tuhan, Pimpinlah aku agar tidak tersesat jalan.



Kita semua datang dari alam ghaib, tinggal dalam perut ibu selama 9 bulan, lalu dilahirkan ke dunia ini. Kemudian kita akan dan pasti kembali ke alam ghaib semula. Jangan lupa. Dan marilah kita menyediakan persiapan yang baik untuk pergi ke sana. Bila-bila masa, dimana jua. Kematian adalah pintu gerbang menuju alam ghaib.

Di dunia ini aku hanyalah musafir malang. Aku perlukan-Mu Tuhan. Jangan tinggalkan aku sendirian.

Dan aku hanya seekor kambing dungu yang kebingungan di tengah rimba belantara dunia jahiliyah.

Bagaimana aku hendak dekat dengan-Mu sedangkan mulutku masih disumbat dengan berbagai makanan haram dan subhat? Produk-produk kafirun membuncitkan perutku. Sedangkan hati itu dibentuk oleh makanan halal.

Bagaimana aku hendak pertahankan imanku padaMu sedangkan telingaku masih disumbat dengan berbagai musik, suara, desah dan segala bunyi yang melalaikan?

Bagaimana aku hendak melihat kebesaranMu sedangkan mataku dipenuhi pemandangan maksiat, filem hollywood, bollywood dan berbagai pemandangan liar yang memenuhi seluruh alam?

Tuhan, aku kambing dungu yang perlukan pengembala yang punya padang rumput hijau yang berpagar. Agar aku tidak diterkam oleh singa-singa nafsu, syaitan yang selalu mengintaiku setiap saat.

Tuhan, aku perlukan pemimpin yang punya jemaah kebenaran agar aku selamat dalam rindu, cinta kasih pada-Mu. Amin.

*creadit to: Pencinta Tuhan

" Aku hanya perlukan Mu di segenap hidupku. Jangan engkau pergi dari hidupku. Kerna, jika engkau pergi, musnah lah hidupku. Bahkan tiada guna nya lagi. Dan, Tuhan.. Izinkanlah aku untuk mencintai Mu seperti mana hebat nya cinta Engkau terhadap hamba2 Mu. Walau sekelumit cuma perasaan cinta itu hadir, bahagianya aku ketika itu"

"Ya Allah, aku sanggup menerima segala kesusahan hidup didunia ini, hingga kerana Nya Ya Allah, aku tidak diazab lagi nanti diakhirat sana"


Saturday, July 16, 2011

Berhati-hati Menulis Sesuatu

 "...  بسم الله  ... "
...Dengan Nama Allah...

Aku mulakan segala sesuatu yg bakal aku catitkan dengan nama Allah.
Kerana dengan kehendak NYA tangan ku masih boleh bergerak menekan kekunci keyboard ni.

Lama betul tak meluahkan isi hati, memberi pendapat, berkongsi pengalaman, dengan blog aku ni.
Semakin hari, semakin pupus idea dalam benak ni. Mungkin kejadian ini berlaku, gara2 bilangan semut yg semakin bertambah telah terkorban dalam anak tekak ku di masa silam yg lepas tanpa aku sedari. 
( semut yg tak berdosa, tak pasal2 dipersalahkan)

Jenuh aku perah idea nak tulis apa dalam blog aku yg makin lama makin takdak hala tuju ni.
Rupa2 nya, bukanlah semudah yg disangka nak jadi seorang penulis yg bagus ini.
Nak, nak pulak penulis yg tulisan nya boleh membawa orang yg membacanya dekat dengan Sang Pencipta Nya. 

Lumrah tulisan yg ada hari ini, rata2 semua nya mengajak mengenali diri sendiri.
Berbangga dengan diri, teruja dengan kemewahan yg ada, mempromosikan kehebatan dan kemampuan diri sendiri. Alangkah indah nya, kalau ada tulisan-tulisan yang membesarkan Allah dan Rasul.
Setiap apa yg berlaku dalam hidupnya, dikaitkan dengan kewujudan Allah.
Tapi, apa yg berlaku hari ini, membuatkan kita tertanya-tanya..
Mana Allah? Mana Rasul?
Yang ada hanya diri sendiri.

bahkan ada juga golongan yg menggunakan hasil tulisan sebagai momentum untuk menghina dan mengata manusia lain nya. Membuka aib saudara sesama islam.
Ingat, apakah tulisan kita kelak akan menimbulkan perpecahan hati2 manusia yg membacanya.
hingga lahir lah pecah belah antara manusia. Semua itu harus di ambil kira. Kerana di akhirat kelak kita akan ditanya. Oleh itu, berhati2 lah dalam menulis.

PENULISAN ITU LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG.
Pedang samurai yg panjang, yang tajam, yang berkilat lepas di asah tu pun, sekali di hunus mampu memenggal  kepala manusia, mampu menembusi perut manusia hanya dengan sekali hayunan..
inikan pula penulisan. mampu membunuh hati2 manusia, memecah belah kan manusia hanya dengan hasil tulisan yg manusia sendiri karang. Mudah-mudahan, kita sentiasa dipandu oleh Tuhan untuk menghasilkan Tulisan yg baik. Insyaallah.

Aku pun hamba. Sama macam orang lain juga.
Aku pun manusia. Aku bukan nabi, bukan juga Rasul.
Pasti aku tak terlepas dari kesilapan. Hamba dengan Dosa bagai isi dengan kuku.
Susah nak di pisahkan. Tapi, tak bermakna tak dapat dipisahkan.
Selama masih bernafas di bumi Allah ini, kita saling ingat mengingati ye.
Saling nasihat menasihati. Kalau korang terjumpa kesilapan aku, aku alu2kan kehadiran korang untuk menegur kesilapan aku. Mudah-mudahan dengan kesilapan itu, ia merupakan Guru yg baik untuk aku perbaiki dimasa akan datang.

Maafkan aku, andai aku tersalah tafsir, tersalah kata, tersalah menulis untuk kali ini.
Terima kasih untuk yg sudi membaca.
Terima kasih juga untuk yang sudi meninggalkan komen disini.
Salam sayang dari aku untuk kalian semua 


*Sedikit sebanyak isi entry kali ini aku kreditkan untuk seorang Serikandi Akhir Zaman 
Banyak ilmu aku dapat dari dia. Dan banyak hasil tulisan nya yg menyuburkan jiwa.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...