Iklan

.:Inilah Wajah-Wajah Penyeri Dan Penyokong Blog saye. SAYE SAYANG KALIAN:.

Saturday, April 9, 2011

~Jeritan Roh Si Mati~

            Kereta dipandu laju seolah-olah bagai dikejar hantu. Tidak dihiraukan jarum meter sudah menjangkau ke angka 120. Hatinya begitu puas sekali kerana dapat memotong semua kereta dihadapannya. Rasa-rasanya, dialah raja jalanan pada malam itu.

Tanpa disedari malaikat Izrail sedang menanti nya di suatu persimpangan. Dan dengan sekelip mata, brek kereta ditekan dengan sepenuh hatinya, kedengaranlah satu dentuman kuat. akhirnya kereta yang dipandu laju, telah merempuh sebatang pokok.




Kini sebuah lagi kematian telah berlaku. Pemuda yang tadinya segak gagah memecut BMW nya, kini sudah hancur tubuhnya dengan sekelip mata sahaja. Hilang sudah segala kehebatan yang dibanggakan nya. Mayat dibawa ke hospital untuk diperiksa. setelah selesai, ia diusung ke bilik mayat. Dia kemudian dibawa pulang kerumah. Kaum keluarga ramai yang datang untuk memberi penghormatan terakhir. Pak imam dari kampung turut diundang untuk menguruskan jenazah.

Jelas sekarang, sekujur tubuh terbaring, mukanya pucat, sejuk, dan beku kaku tak bermaya. Tetapi, nun di satu sudut, Rohnya masih berada disisi jasad memerhati kan saja tubuhnya diperlakukan orang. Sewaktu semua perhiasan dan pakaian yang dibanggakan dahulu dibukakan, maka terdengarlah roh menjerit2, merintih2 dan merayu2. Semua makhluk Tuhan mendengar nya kecuali jin dan manusia.

            "Wahai orang yang memandikan, kuminta kepadamu kerana Allah, supaya melepaskan pakaianku dengan perlahan2. Kerana, pada saat ini, aku baru sahaja beristirehat daripada pedihnya seretan malaikat maut"


Begitu juga sewaktu dimandikan, dikafankan, dan seterusnya sewaktu diusung ke kubur. Rohnya sentiasa merintih mengharapkan pembelaan daripada manusia. Sewaktu air disiramkan kebadannya, berteriaklah:

           "Wahai orang yang memandikan Roh Allah, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas dan jangan pula terlalu sejuk. Kerana tubuhku terbakar dengan keluarnya Rohku dari jasadku ini"

Dan ketika mereka memandikan, maka berkatalah roh:

           "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat. kerana tubuhku luka-luka dengan keluarnya rohku" 


sewaktu dimandikan dan dibersihkan najis pada kemaluan , janganlah dibiarkan mayat tersebut terdedah hingga menampakkan auratnya. sudah tentu roh berasa malu dan menangis bila auratnya dipertontonkan pada orang. Sedangkan ketika hidup sangat dijaga auratnya itu. Begitulah seterusnya... Mayat merasa sakit sekiranya tubuhnya diperlakukan secara kasar.  Untuk mengatasi masalah ini, keluarga dan tetamu yang datang janganlah sekadar memerhati dan bersedih. Sebaliknya, hulurkanlah bantuan dengan menghadiahkan bacaan yassin atau sekurang2nya hadiahkanlah Al-fatihah.

Rasulullah sendiri melarang berbual hal-hal dunia dihadapan mayat. Apalagi mengumpat dan menceritakan keburukannya ketika dia masih hidup. Begitu juga memasak, makan dan minum dirumah yang didalamnya ada mayat. Usahakanlah memberi bantuan kepada kaum keluarga yang telah kematian saudaranya.
Sewaktu mayat keluar dari Rumah, Roh pun menyeru:

           "Demi Allah wahai saudaraku, Aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. anak-anak ku menjadi yatim, maka janganlah kalian menyakiti mereka"
           
          "Sesungguhnya, pada hari ini aku telah dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali buat selama-lamanya"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...