Iklan

.:Inilah Wajah-Wajah Penyeri Dan Penyokong Blog saye. SAYE SAYANG KALIAN:.

Thursday, May 26, 2011

Kek Tiramisu Kegilaan Shaheizy Sam~

Dua Hari lepas, Sam kol aku:

Sam: Syg, camne ni? i mengidam tiramisu u lah. takleh tidur i teringat tiramisu u.
Olah: Alah, u ni. jgn nak ngade2 lah. kan dah kayap rayap. beli jela kat secret resepi nun.
Sam: seryes i  cakap, kat secret resepi tu tak sesedap yg u buat.
Olah: u takyah nak bodek i lebih la,Sam. Rase cam nak muntah biru je tau, ok?
Sam: ini bukan masalah bodek, ok? ni fakta benar. sumpah! i love u and ur tiramisu ^^

Ok, aku dah taknak teruskan lagi perbualan kitorang tuh.
Biarlah ia menjadi kisah peribadi kami ;)
takut ade yang mati kekejangan gara2 jeles. hehe^^
then, meh aku nak kasi tunjuk tiramisu yang Shaheizy Sam dok gile meroyan sangat kol aku siang malam mintak tolong buatkan. Sebagai kekasih hati yang setia, maka aku pun tolong penuhi hajat kanda ku itu.
ceeewahhh ! Ok, tipu !!


Nah ! Hamek aku kasi korang tiramisu yang aku buat khas untuk Shaheizy Sam aku ^^

Cebisan2 tiramisu yang Shaheizy Sam suap kat aku. Ok, sila jeless! ^^

So? Amacam? Nak try buat tak untuk 
..Abang Farid Kamil ke..
..Kanda Zizan Raja lawak ke..
..Dinda Lisa Surihani ke..
..Cek Mata Bondar Heliza Helmi ke..
..or ketua kampung kesayangan korang..
..atau pak cek guard si jantung hati??..
..and sape je yang menjadi kesayangan hampa lah..
Baik, aku share resepi kat sini^^
But, jangan lupe cube , ok;)



Bahan A:
250 gm - Cream Cheese
120 gm - Gula halus
(masak atas dapur menggunakan api yang kecil sampai sebati gula dan chesse)

Bahan B:
20 gm - gelatine (gune yg Halal ok. kalau jumpe, guna halagel dalam botol tuh lagi baik)
80 gm - air panas (tak perlu air yg baru mendidih, tapi asalkan air tu panas bukan suam)
(kacau bahan B sampai agak likat)

Then, bahan A & B dicampur  dan dikacau sebati.
Perahkan sedikit jus lemon @ air perahan limau nipis (ikut citarasa masam masing2)
Kacau lagi bagi sebati, dan ketepikan.

Bahan C:
200 gm - Whipping Cream ( Pukul sampai kembang @ putih melepak lebih kurang 8min )

Bile dah siap pukul whipping cream, campur semua bahan tadi bersama.
Kacau lagi sehingga sebati. Siap sudah cream tiramisu.

Lastly, layerkan dengan kek span yang telah dipotong 3-4lapis, ok.
lapisan pertama kek span, then taburkan sikit dengan air nescafe yang dibancuh dengan air panas,
pastu sapu cream tiramisu.
ulang step ni sampai abes cream tiramisu tu ^^

dah siap, masuk dalam peti, sejukkan.
bile dah agak beku cream tu, keluarkan dan tabur dengan serbuk koko yang dah diayak kat atas kek tu.
then, hiaslah ikut kreativiti masing. siap, dan hidang.

Senang je.. tak caye, try, ok?
Tak paham? Boley tanye. Takde masalah ;)
Sharing Is Carring.

Mudah2an ilmu yang dikongsi diberkati oleh Allah. Amin ^^

*Thanks to my BFF yg sudi share resepi ni jugak.
moga Tuhan sudi balas jasa baik ko ^^

*To Shaheizy Sam, i lap u. haha !
(boley tuju lagu?? )


Tuesday, May 24, 2011

Mengaku Islam, Guna Nama Islam, Tapi Menghina Islam Kaw2 Punya !

Lama aku terkedu bila aku tatap setiap bait2 ayat yang disusun oleh 
untuk menghina Islam, Menghina Rasulullah, Menghina Hukum Hakam Allah.


Ditambah pula gambar2 yang telah di edit khas untuk menjalan proses caci maki beliau ni.


Tak sanggup rasanya nak menatap lama gambar2 ni.
Bagai disentap2 hati nak mencaci maki tuan punya blog yang menghina islam ni.
tapi, bukan itu jalan yang terbaik.
kalau kita sendiri yang pergi menghina dia, bukan dengan cara yang berhikmah,
tercemar juga identiti islam itu.

Ade lagi agama sebaik dan sesuci islam?
Ade lagi kitab yang paling benar selain Al-Quran,
Ade lagi kah manusia yang paling mulia akhlaknya selain Rasullullah?

Hatta, mereka yang bukan islam pun, jikalau di tanya, Siapakah yang menciptakan Alam ini?
Nescaya, hati mereka tetap berkata ada Tuhan yang menjadikannya.
Bukanlah alam ini terbentuk dengan sendiri nya.

Masakan Manusia yang sorang ni begitu menolak kehadiran Tuhan?
Hatta , udara yang dipinjam pun hasil dari Maha Baik NYa tuhan.
Meski  Tuhan itu bagai di pijak2, dihina2, di caci maki, tapi satu nikmat yang paling penting buat manusia yakni udara tetap dipinjamkan oleh Nya buat sorang mak cik ni.
Tanpa meminta walau satu sen pun bayaran selama hidupnya.
Cuba bayangkan Kalau Allah mengeluarkan bill untuk menuntut bayaran oksigen yang dipinjamkannya pada kita? Sudah mampu, kita sebagai manusia, tak mampu untuk membayarnya bukan?
Bahkan, kalau bukan kerana Allah memberi rezeki oksigen, tak mampu kita berkerja kuat untk memperolehi apa yang kita ada hari ini.

Benarlah Kata2 Allah, Hidayah dan taufiq itu, hak milik Allah yg mutlak.
Jika berkehendak Allah ke atasnya kebaikan , maka baiklah dia.
Mudah2an, Allah merezekikan kebaikan untuk nya, sebelum Dia kembali kepada Allah. Amiiiinnn.

**nak tengok dia? sila klik .:SINI:.
mudah2an kita sudi mendoakan kebaikan buatnya.
Dan mudah2an malaikat disekeliling kita juga mendoakan kebaikan semula buat kita;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...