Iklan

.:Inilah Wajah-Wajah Penyeri Dan Penyokong Blog saye. SAYE SAYANG KALIAN:.

Friday, April 29, 2011

MURTABAK TELUR TAK BASUH ?? SORRY~

Aku ingat lagi, seorang peniaga murtabak yang berniaga kat depan tapak bapak aku niaga !
berkerumun pelanggan dok beratur tunggu giliran murtabak masing2. dalam hati dok tertanya2, sedap ke?
aku Tengok sekali, biasa je..
tapi, tengok dua kali, iman aku dah mula goyah !
dan akhirnya Setelah digoda nafsuku berkali2,  aku kecundang jugak.. (*macam putus cinta)
aku capai note RM5, pi rapat kat gerai p.cik tuh.. sambil senyum ala2 siput sedut gitu..

*gambar ihsan dari Pak Cik Google


Pi dekat, Pi rapat, TUP TUP !! SENTAP!!
 Peerrgghhh, SENTAP SEKALI LAGI !! Ape kejadinya?? Telur tak basuh !
terus arwah selera aku pada murtabak serta merta !
Maka terbantutlah rezeki pak cik tu sedikit gara2 pelanggan seperti aku lari berpaling arah pada yang lain . 

dalam hati aku : "Murtabak telur tak basuh?? Sorry !!"
dan aku tertanya2 : "Macam mane pelanggan yang nak beli murtabak dia tu boleh rabun tak nampak telur terang tang tang tak basuh tu?


*kalau dah basuh, tapi letak balik atas bekas telur ni pun, tetap la kotor  jugak.sebab bekas telur ni asal nye memang  tempat letak telur yang memang sediakala tak basuh !!


...OH PAK CIK, KENAPA MESTI TELUR TAK BASUH?...
..KENAPA ?? KENAPA??..

Serius !! Dah lame sangat mengidam teringin nak melahap MURTABAK !!
tak kesah la murtabak daging ke, murtabak ayam ke, murtabak arnab ke (ade ke murtabak arnab?)
asalkan bende tu speisis murtabak, memang aku mengidam kaw kaw punye !
Nak buat sendirik? Dah buat dah, tak dak bakat ! koyak rabak je jadinye ^^ *malu sat :)

Aku pandang kiri, aku pandang kanan,
sungguh, takde murtabak yang suci lagi murni yang dapat ku temui..
semuanya ternoda dengan najis2 ayam tu..

OH PENIAGA MURTABAK ! 
*khusus buat yang malas cuci telur ayam
sampai hati korang tak menitik beratkan langsung hal2 kebersihan ni ye?
sedangkan makanan tu nanti akan terus masuk kedalam perut, dan membentuk daging untuk aku, kau, kamu dan sekalian yang ade untuk kami  membesar..
takkan kami nak membesar dengan makanan yang bernajis ?

"PLEASSSSSSSSSSSEEE LAHH!!"
sentap hati mak, nak !
bila teringin sangat nak makan murtabak, gagah pi cari untuk bantu pendapatan rezeki korang,
aleh-aleh, tengok korang tak basuh telur. rugi ke kalau kite jadik pembersih?
sampai hati kau, nak. (*seolah2 peniaga murtabak tu semua anak aku la pulak) 

Tahukah korang, bahawasanya najis ayam mengandungi E Coli dan Samonella yang mana boleh menyebabkan keracunan makanan? (bunyi kandungan najis ayam tu memalukan. ^^)

"BUKANKAH HATI YANG BERSIH ITU DITEMPA DARI MAKANAN YANG BERSIH??"

Mak bapak aku selalu berpesan:
"hang,kalau nak makan, pastikan makanan tu bersih. bersih sebab baik untuk kesihatan hang jugak, lagi satu baik untuk hati jugak. kalau dok asyik makan makanan tak bersih, kotor hati tu. susah nak dengar nasihat orang nanti, orang tegur benda baik pun susah nak terima, sebab hati dah kotor"
Dan Allah juga berfirman:
"KEBERSIHAN ITU SEPARUH DARIPADA IMAN"

kalau dah benda kecik macam ni pun, kita tak boleh nak peka, macam mana la bab2 kebersihan yang lain??
Dan kalaulah  hal2, kebersihan begini pun kita boleh abaikan, maka hilangkah lah sudah separuh daripada iman kita. Apakah hal2 yang lain boleh membina iman kita jika perkara sekecik ni pun kita tak mampu nak selesaikan.. Tak rugi pun kalau jadi seorang yang pembersih.
Allah suka,
Rasulullah suka,
Aku suka,
Kau suka,
Mereka suka,
Semua suka !!

Tak percaya? Carilah dan tanyelah pada mane2 manusia, siapa yang tak sukakan sesuatu yang bersih, indah dan suci? semua suka.
*Lainlah kalau orang gila. nama pun gila. tentu lah tak dapat bezakan mana buruk, mana baik.

Ok. Sekianlah adanya ;)

Pss://Doakan supaya peniaga2 makanan diluar sana sentiasa menjaga kebersihan. Kalau kita tak sama membantu, siapa lagi nak bantu kan. Kalau pun tak boleh membantu secara dekat,mendoakannya pun dah dikira membantu ;)

*kalau sampai saya ada tersilap, mudah2an ada yang sudi datang dan betulkan kesilapan saya;)

16 comments:

kim heeruul said...

owner tu mamak or melayu?

Syuxer said...

suka akn kebersihan...:)..tapi haramjadah orang yang berniaga x basuh barang dia jual cam awk cakap..ni mesti melayu yang jual kan?

Ummu Khaulah Hasan said...

melayu la sangat !

kalau mamak tu tahan lagi..
memang dah tau dah perangai mamak.
lagipun saye tak layan mamak ;)

Budak Botak said...

adeiiii, kena buat sendiri la cmni, tambah2 nulan posa lagi ramai jual Murtabak, hue3....

Entry terbaru Kondom - 12 Cenderahati Pelik Sempena Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton... (",)

safiyyah said...

sesetengah orang tak ambil berat pun isu ni. dorang anggap telur tu kat dalam, bukan kena najis.

tapi mak saya ajar dari kecik, nak masak telur kena basuh dulu. =)

tp sebelum ni memang main beli je murtabak. x terfikir pulak. huhu

Ummu Khaulah Hasan said...

moodak mootak : tangan tak seni. nak wat sendiri, adoi ! tak rupe murtabak nanti. hehe ~


syafiyyah : mak awak sama la ngan mak kite jugak ;)

edaolala said...

thanks singgah my belog ;D singgah sini balik n follow :D hahaha tapii saya tetap suka murtabak. memang sedap :D

Ummu Khaulah Hasan said...

yeppp !! memang sedap .
tapi kalau pakai telur tak basuh terang tang tang depan mata ?

perggghhh ! mati selera begitu saja..
geli ;)

Izzuddin Fauzi said...

hrmm... ini mmg kes x ad sensitiviti terhadap kebersihan... tau untung jer...

myetech9[dot]com @ Enchik Nine

mr.kylephytrie said...

kebersihan separoh dari iman...but tak taw plak telor kene basuh dulu luaran nye...nice entry at least aq pelajari sumtink....hehe

hans said...

ar ar kan
betul juga tu
walau dah basuh tapi letak dkt tempat tadi macam kotor la balik kan

zaty luvlianncezzz said...

alamak..sy suke murtabak :D

iyou said...

telur x basuh bahaya! ada bakteria salmonella yg leh wt PEMAKAN keracunan mknanan...

haih, nk meniaga kita kene titikberatkn customer jgk..

p/s: thanx jenguk iyou... hehehe.. keep in touch+keep it up k!!

sumaiyah mokhtar said...

ouhhhh now, mlm2 mcm ni i tk boleh singgah, HUHU menaikkn nafsu makan i lah :)

Anonymous said...

assalamualaikum.


kau makan kulit telur eh.? kulit telur yang buat isi murtabak ke.?? hurmmm... cuba fikir balik.. plus. tak kan lah kat kilang tak basuh telur2 tu.. please lah weh. zaman dah maju. aku pernah kerja kilang telur.


harap tak marah kalau tegur aku ni kasar sangat.


assalamualaikum.

Ummu Khaulah Hasan said...

hehe~

tak marah pun.
ok je laaa~
thanks ;)

Waalaikumussakam ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...