Iklan

.:Inilah Wajah-Wajah Penyeri Dan Penyokong Blog saye. SAYE SAYANG KALIAN:.

Saturday, June 4, 2011

Takde Tajuk Aku Nak Letak . Boleh Korang Bagi Tajuk Entry ni??

Assalamualaikum Hamba2 kesayangan Tuhan 
yg sudi mai datang dari jauh jenguk2, baca2 entry aku ni.
Entah ape aku nk letak tajuk entry kali ni pun aku tak tau.

Sambil berair mate , aku gagau2 cari laptop aku, terus search blogger.com,
pi kat new post nak post entry baru.

Ni sume pasal kek yg aku bakar tadi hangit 80%. Almost totally takley gune dah.
Sayang sangat2 + sedih giler + membazir + geram !

Sayang kerana, kek yg aku buat tu khas untuk adik2 aku yg balik cuti sekolah ni.


Sedih kerana, melihat adik2 aku sedih sebab tak dapat nak makan Kek Tiramisu Strawberry yg aku dah beria2 janji dari minggu lepas lagi.

Membazir kerana, sah-sah la jadi makanan tong sampah je semua tu :(

Geram !! Geram dengan diri sendiri sebab tak mampu nak sabar dengan ujian yg baru Tuhan datangkan sikit ni. Terus nak marah2 mereka yg tak bersalah. Padahal salah sendiri.

Tak pasal2, aku tinggalkan semua benda yg tak jadi tu ketepi, masuk dalam bilik sambil tersedu sedan macam budak kecik, cari laptop, terus nak mengadu dalam blog aku.
..Nampak tak betapa  kecik nya jiwa aku??..

Sedangkan masa tu Tuhan tengah tunggu aku datang mengadu2 kat Dia masalah aku.
Tuhanlah pendengar setia masalah aku diwaktu tiada yg setia dengan ku nak dengar masalah tah ape2 ni.
Tuhan lah yg paling mengenali aku dari diri aku sendiri.
Tuhanlah juga yg aku selalu lupakan sedangkan sedetik pun Dia tak pernah melupakan aku .

...TUHAAAAAAANNNNN...
Aku tahu ujian yg kau takdirkan ini untuk penghapusan Dosa2 ku yg dah melaut banyak nya.
Terampun kah dosa2 ku itu sedangkan aku dah tenggelam di dalam lautan dosa ini ??

...Wahai Nafsuku...
mengalah lah Engkau.
Dasyat nya nafsu yg dah bersarang lama dalam diri aku ni 
sampai sanggup menyalahkan orang lain dari tengok salah diri sendiri !


Pss:// Mak aku kate : Tak guna kamu ada ilmu bermacam2 tapi tak pandai merendah diri dengan Tuhan.
Sebab ilmu yg kamu ada tu pun, hak mutlak Tuhan yg dipinjamkan buat kamu.
Bila2 je, Tuhan boleh ambil balik kalau Tuhan berkehendak.

...Tuhan, jadikan kami Hamba Mu yg pandai Bersyukur...



2 comments:

Sesopie said...

memasak kan susah.. Tapelaa.. first try tak jd,cubalaa lg.. Jngn giveup cepat.. Sian dia nanes2

Ummu Khaulah Hasan said...

mane ade nanes2, adoi.. malu nye..
ni kes, buat keje rase diri mampu la ni..
Tak der rasa nak mintak tolong dengan Tuhan.

Sekali dah jadi camni, baru nak cari2 Tuhan..

Maluuuuuu, dengan Tuhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...