Iklan

.:Inilah Wajah-Wajah Penyeri Dan Penyokong Blog saye. SAYE SAYANG KALIAN:.

Tuesday, April 5, 2011

~Pergilah Dikau Wahai Sayangku~


       "Tolooooooooooooongg !! Aku tidak mahu ke sana. Aku tak mahu !!"

       "Rumah besarku, isteri-isteriku  yang masih muda, anak-anak ku yang cantik dan handsome..
Aduhai segala kesayanganku.. Aku tidak mahu berpisah dari kalian semua. Tinggalkan saja aku dirumah besar ini. Rumah yang aku beli hasil dari penat lelah dan titik peluh ku sendiri.."

      "Hah ?? Apa katamu?? Hasil penat lelahmu?? Engkau memang boleh menutup pandangan manusia, tetapi sehebat mana pun engkau, engkau tidak akan mampu menutup pandanganku.. "

      "Siapakah engkau yang berani mempersoalkan hal aku? "

    "Dengan duit apa enkau beli rumah ini? Masihkah engkau ingat?"

     "Mestilah hasil dari duit gajiku. Ya !! Duit gajiku yang telah ku kumpul setiap bulan.."

     "Ha, ha, ha, ha !! Duit gaji, engkau kata?? Duit gaji RM3000 sebulan untuk membeli rumah sebesar dan semewah ini?" Suara itu seakan-akan mengejek.






         "Oh, baru ku ingat. Aku juga membelinya dengan hasil bisness yang aku buat. Ya, ya .. Duit bisness ku.."


        "Duit bisness?"
Ahh !! Kenapa suara itu sering datang mengangguku? Bukan urusannya untuk campur tangan urusanku !!

       "Apa kau lupa peristiwa di pejabatmu yang berlaku tempoh hari? Apa yang telah Tauke A selitkan didalam hamper yang telah diberikan kepada enkau. Engkau ingat aku tidak tahu?"

       " Aarrgghh.. !! Itu hadiah dari nya untuk ku. Tak salah bukan?"

      "Rasuah tak salah?? Duit riba tak salah?? Siapa yang mengajarmu,wahai manusia?"

Dari jauh ku lihat begitu ramai orang yang mendatangi ke rumahku. dan sempat juga aku terdengar suara-suara mereka berbisik.. dan sempat juga aku mendengar Pak Imam berbisik sesuatu kepada Tok Siak.
"Kerandanya sudah siap?" Bisik Pak imam.

Tok Siak menganggukkkan kepalanya sebagai tanda menjawab soalan Pak Imam.

         "Eh, eh ! Kemanakah aku mahu dibawa pergi? Aku tidak mahu pergi.. Toloooooongg"

        "Engkau akan ke rumah mu.." Suara itu datang lagi.

         "Mana aku ada rumah lain selain rymahku yang besar dan indah ini.."

        "Rumahmu itu nanti hanya ada satu liang lahad yang sempit dan gelap gelita."

         "Aku takuuuuuttt. Aku benci tempat begitu. Aku tentu rimas berada disana nanti. Aku tidak mahu!!"

         "Apakah kau mahu tinggal di rumah yang besar tersergam indah atau istana kayangan?" Suara itu mengujiku. Ahhh! Tentu sahajalah aku mahukannya.

         "Ha, ha, ha.. Berangan mahu tinggal di rumah yang indah.."

Kenapa tertawa?? Tidak layakkah aku tinggal di istana yang besar, dirumah yang gah tersergam indah?? Begitu berani dia memperlecehkan kedudukanku. Tidakkah dia tahu bahawa aku sering sahaja mendapat tempat yang teristimewa didalam sesebuah majlis yang aku hadiri?

        "Darjat dan pangkat mu tidak bernilai lagi. Darjat yang engkau perolehi itulah telah menjahanamkan diri engkau. Engkau menjadi orang yang sungguh ego, bakhil, dan memandang rendah pada orang lain. Seolah-olah kau mampu segala-galanya. Engkau tahu istana indah itu untuk siapa?"

Pelik! Mengapa pula aku yang ditanya? Manalah aku tahu.

       "Istana itu hanya untuk mereka yang MengEsakan Allah. Tetapi kau?? Engkau tak mampu bahkan tidak pernah memenuhi syarat-syarat itu sebagai hamba Allah.

      "Aku solat penuh. Aku puasa. Bahkan sekarang aku sudah pun bergelar haji"

      "Apakah engkau fikir itu sudah cukup buat kau sebagai tuntutan seorang Islam? Setiap  hari orang rumah mu membuang sisa-sisa makanan sedangkan ada anak-anak jiranmu menangis kelaparan. Pernahkah engkau fikirkan? engkau tahu apakah balasan yang engkau akan terima nanti.."


Ohhh.. Apakah lagi alasanku untuk membela diriku ini?

       "Baiklah, kita angkat jenazah ini perlahan-lahan." Sayup-sayup kedengaran suara Pak Imam.

Rumah besarku tersergam indah dihadapan mataku.. Namun?? Pergilah dikau segala kesayanganku. Hari ini, isteri kesayanganku telah menjadi janda. Hari ini juga anak-anak ku, telah menjadi yatim. Demi Allah, wahai kesayanganku disana.. Aku tidak akan kembali lagi bersama kalian.

Janganlah mereka yang kusayangi ini disakiti hatinya. Ku tatap satu demi satu wajah-wajah di sekelilingku. semuanya murung. Langkah- langkah mula diatur.. Ohhh..
Aduhai Kesayang-kesayanganku..

         "Wahai kesayanganku. Wahai saudara-saudaraku, Aku telah diperdaya hidup-hidup oleh dunia. Betapa malangnya seumur hidupku ini. Kalian, ambillah pengajaran di atas pemergian ku ini. Aku kini menyesal. Tapi segala2 nya tidak akan berguna lagi.."

        " Huh !! Siapa itu yang masih mampu tersenyum disana melihat jasadku? Sungguh kamu akan menyesal nanti. Tertawalah sepuas-puasnya hari ini, kerana esok kamu bakal menangis semahu- mahunya"

8 comments:

Erra Kyra said...

tQ..=')

Izyan Masri said...

BAGUS ENRTY NI :D

Ummu Khaulah Hasan said...

ERRA: mekaseyh komen, blog budak baru belajar ni =)

Ummu Khaulah Hasan said...

Izyan Masri: Thanks cikgu =) sayang cikgu lah ! =)

Unknown said...

silalah singgah kat sini http://beritasengsasi.blogspot.com

Ummu Khaulah Hasan said...

berita sensasi: thanks.. saye akan singgah. dan follow awak=)
thanks singgah tempat saye=)

m!raHara_shi said...

tahniah ummu!! antara da best blog yg akak penah jenguk.. sambil bersosial sambil brdakwah... keep it up ya =D
rajin2 jemput la lenjalan kt www.sehelaipandanhijau.blogspot.com

Ummu Khaulah Hasan said...

kak mira_mahara: thanks sangat2 ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...