Iklan

.:Inilah Wajah-Wajah Penyeri Dan Penyokong Blog saye. SAYE SAYANG KALIAN:.

Thursday, April 21, 2011

Bicara Politik Malaysia: Apa Pandangan Peribadi Anda Tentang Kes Liwat Anwar Ibrahim?

Kita sendiri tidak menduga , bahkan tidak pernah terfikir pun, satu lagi najis tersimbah ke muka orang Melayu dan umat islam di Malaysia ini.
Sesudah kes liwat siri pertama (1998) dan kini datang pula kes liwat siri kedua (2010) dipertuduhkan sekali lagi ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 Apa maksud Tuhan disebalik kejadian ini?
Apa pula pandangan masyarakat?
Ada yang sibuk bercakap2 tentangnya,
ada pula yang tidak ambil peduli langsung tentangnya..
Terpulang kepada individu masing-masing.
Maka, keluarlah spekulasi berbagai2 versi dari mulut masing-masing..
bla bla bla, itu ini, dan macam2 lagi..

Dan akhirnya, aku tertarik dengan pandangan peribadi yang telah disuarakan oleh seorang Tokoh wanita ini.
 UMMU JAH gelarannya..
ntah ! mungkin segelintir dari kita mengenalinya dari sudut negatif,
dan mungkin juga segelintir dari kita mengenalinya dari sudut positif.
bagi aku, tiada apa yang negatif tentangnya..
nak bercakap tentang keburukan orang pun, aku jauh lebih teruk darinya.

dan disini aku letakkan pandangan peribadi Ummu Jah tentang kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Ummu Jah:

"Kes Anwar yang sedang dibicarakan di Makhamah Malaysia, pada saya, sukar untuk mencapai keadilan yang seadil-adilnya. Sebab selagi seorang manusia , sangat terbataslah kemampuannya untuk membuat yang sebaik-baiknya. Bukankah kita ada sebesar-besar makhamah? Yakni KAABAH? 
Kalau benarlah bahawa Anwar itu benar, datanglah ke kaabah. Nescaya Allah S.W.T akan menjawabnya. Biar Allah lah yang memberi pengadilan dihadapan rumah Nya yang mampu juga bertindak sebagai makhamah itu."

itu pandangan peribadi Ummu Jah, dan aku juga mengiyakannya.
Bukankah, kita juga sendiri pernah mendengar bahawa, sesiapa yang melakukan sesuatu kesalahan itu, dan dia menjejakkan kaki nya di Rumah Allah, yakni Tanah Suci Mekkah, maka terjawablah sendiri akan kesalahan2 yang dibuat.
Allah bayar cash disana. Kerana Mekah merupakan Tanah yang sangat diharamkan darinya melakukan sesuatu kesalahan atau dosa . jika berlaku, maka tidak lah Allah akan membiarkannya begitu sahaja. Mana mungkin Tuhan membiarkan Tanah suci itu ternoda dari dosa?

Tepuk dada, tanya jawapan anda..

*Aku sekadar memberi pendapat juga, jika terdapat hal2 yang menyentuh sensitiviti sesiapa, mohon maaf yang berjuta2 lemon.

3 comments:

Erra Kyra said...

hebakk..hee

Ummu Khaulah Hasan said...

sape hebakk ?
Jaddah mu memang hebat !
Dia terbaik ;)

adam adams said...

menarik . saya na post kat fb , sbg perkongsian :) izin yerr.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...