Iklan

.:Inilah Wajah-Wajah Penyeri Dan Penyokong Blog saye. SAYE SAYANG KALIAN:.

Saturday, June 25, 2011

"Dan, Aku Tak Sangka Aku Telah Menjadi Tunangan Orang"

Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan baik.

"Dan paling aku tak sangka yang aku telah menjadi tunangan orang bermula dari tarikh 25/06/2011 ni"
itulah luahan tak berasas yg bertalu2 keluar dari mulut   MakCik 4 Mata  merangkap 
kawan baik (baikkah?)
kawan bertengkar,
kawan yg rabun,
kawan yg kuat kalut,
kawan yg berbadan keding macam lidi (sekarang dah subur sikit),
kawan yg tak pernah nak puas hati dengan aku,
kawan yg menjadi rebutan jejaka (guna banyak minyak pengasih la tu).

Dari list kat atas ni, nampak beno kejahatan2 tersembunyi dari kebaikan2 hakiki yang ade kat mak cik mata empat ni kan? haha !  Apa2 pun, 

"Hang la, kawan yang selalu ada time aku susah dan senang. Time aku nak duit, aku buat hang jadik sugar mummy aku jaa. Time aku takdak drebar nak pi jalan2, aku kol hang macam order teksi tak berbayar je. haha ! Itu perkara yang sangat menyeronokkan . Tak tipu. haha ! Dan Paling penting, Tengkiyu sooo muahh la sudi kawan ngan retis popular cam i ni selama lebih kurang halal 8tahun dah :)
(Retiss sangat laa.. Retis hapak !!)

Ok, bebelan makin menjadi, sebelum semakin menular, baik aku berhenti. jom aku jamu mata dengan tepekan2 gambar model tak berbayar ni :)

Cincin pengikat chenta. Derm !! ayat aku jiwang. haha.


Ok, selamat membesar dan mendewasakan diri serta mematangkan diri pasni :)


Maaf. Banyak beno potograper yg minat i. tak tau nak pandang mana. (Serius ayat batak camera) haha.


Hitam itu anggun .


Nabella bersama Cik Lidi kesayangannya :)

muke Ainie muke mintak belas kasihan giler !! haha



Selamat Bertunang Nur Aini Hasyimah Dan Muhammad Azirul :)



Ok, cukuplah kot dengan segala tepekan2 gambar diatas. ikut ati mau aku tepek 8ratus 88keping lagi. ade ke orang selera nak tengok ? haha.


Last but not least:
"Selamat Bertunang, Cek Aini.
Selamat mematangkan roh supaya bersedia jadi isteri yang taatkan suami nanti.
Semoga selamat hingga ke akhir nya.. 

Dan selamat menjadi sepupu aku yang baik hati"
haha !


Nota penting : Aku takdak dalam gambar. Maklumlah, aku kan pemalu. haha !
gambar sang jejaka dilarang keras sama sekali untuk tatapan umum.
sang wanita yang memberi peringatan berbaur ugutan tu kat aku :) ok, bai !

Friday, June 24, 2011

Oh My Seth Tan ! Terharu dengan Abang Seth Tan.

Awas !! Ini entry perkembangan hidung yang meluas.

Ok, terharu ngan abang SETH TAN !

Whyyy?? 

*bahan bukti yang hodoh ! conteng secara bersepah.
Sudah terang tang2 lagi bersuluh bukan?

Terkembang kuncup hidung aku tanpa di sedari bila baca komen dari si Seth Tan ini.
Walaupun, aku tak mengenal pasti jantina sebenar nya :)
Walaupun aku tau itu adalah Seth Tan versi ASPAL. (Asli palsu)
Walaupun cuma berapa patah perkataan sahaja.
Dan seberapa banyak walaupun lagi yg tak dapat digambarkan.(nampak beno bohongnye)


Wajah Seth Tan yang tak berapa nak setan sangat .
Wajah suci dalam debu gitu :)

Oh, My Seth Tan, Tengkiyu soooo Muahhh !
Oh, Tuhan.. Terima Kasih sebab bagi masa kat Seth Tan aspal untuk komen entry selebet aku itu :)

Dan Terima Kasih juga buat semua nya. Walaupun sikit. Kesudian kalian2 semua sangat di hargai.
(ayat nak nampak suci je kan)


" Panjang Umur, Murah Rezeki, Adalah Entry lagi "

Thursday, June 23, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY | 2


"Dengan Berbelog Kita Boleh Dapat Pahala,

Dengan Berbelog Juga Kita Boleh Dapat Dosa"




'

Monday, June 20, 2011

Perkara Yg Kacang Gila Manusia Nak Buat

Ini semua gara2 soalan yg diajukan oleh sorang jejaka ketandusan kasih sayang.
Jadi, bertandang lah mesej dia dalam tepon cikai aku untuk tanya teka teki yang aku rasa soalan nya agak tak munasabah pada awal nya. Dengan mempertaruhkan gelaran Nenda terhadapku. Bunyi agak biadap. Tapi, kelihatan seperti sweet je.
"Nenda, apakah perkara yang paling kacang gila manusia exspeacially umat islam nak buat"


Selaku nenda berawet muda mudi remaja, sambil membuat muka komfiden 80 darjah selsius, aku memetik keypaid henpon selaju mungkin dengan membalas,
"Tido laa. takpun makan"
"Salah" balas jejaka gersang itu.

"Cakap, takpun ketawa ek" belasah nenda yg watak nya dipegang oleh aku."Tak betul" Pemuda tak cukup sifat itu balas lagi.Dan sekembalinya soalan itu pada aku balik, otak ku dah mula nak main simpul2 plak.Dah, malas nak jawap sambil menyerah diri.

"Kalau nenda nak tau, jawapan nya ialah MENINGGAL KAN SOLAT laa"

Lihat jawapan diatas. dan renung2kan.

Kalau jawapan TIDUR 
Ada orang dia dapat penyakit yg payah gila nak tidur.
pusing sini tak kena, pusing sana tak lena,
bukak mata tak selesa,
tutup mata nampak lembaga. so jadik susah jugak.

Kalau jawapan MAKAN
Tak semua orang boley melakukan perkara ni.
Nampak macam senang, Tapi sebenar nya tidak.
Ada orang kadang2 jadik tak lalu nak makan.
Perut sakit, makanan yg sedap2 pun tak mampu nak telan.
Ada masalah, lagi la tak di hadapnya makanan itu.

Kalau jawapan CAKAP ATAU KETAWA,
kena pada orang yang pemalu tahap 100 kilometer sejam, macam mana? tak ke beruban nak tunggu keluar bait2 ayat chenta dari mulutnya?
Kena plak dapat orang yg serius gila babeng, tak ke payah nak buat dia ketawa?
 
Kenapa aku cakap, 
MENINGGALKAN SEMBAHYANG ADALAH PERKARA PALING MUDAH UNTUK DILAKUKAN?

Ce korang renungkan, kalau tidur ke tak tidur ke, senang2 je kita boleh tinggalkan sembahyang.
kalau makan tak makan pun, sembahyang senang2 je tak diambil peduli.
kalau time senang , lagilaa.. Sembahyang macam tak pernah diwajibkan pun.
Kalau time susah, mula la nak marah2 Tuhan. Akhirnya, sembahyang terus di abaikan.
Kalau time tengah seronok, ketawa, ingat time tu senang ke nak ingat Tuhan?
Hakikat nya, hari ni, sembahyang memang mudah sangat nak ditinggalkan.
Bahkan, takdak langsung perasaan bersalah masa perkara ni dilakukan.

tapi yang ada:

"Ala, lame lagi waktu isyak. tengah malam kang , pukul 2,3 pagi pon boleh sembahyang"
Last2, bila dah ngantuk, bantal jugak yg dicari. Sejadah tetaplah dalam almari. Online fesbuk, update blog sampai tengah2 malam buta berjegil mata sanggup, nak sembahyang kurang 10 minit tu tak sanggup. Bukan suruh pi kacau dodol yg liat tu sejam setengah pon. ntah2, kacau dodol yang sejam setengah tu pun kita masih sanggup. yelah, untuk isi perut.

"Kalau tak sembahyang sekarang pun, lain hari boleh qada' balik"
Baik, ayat kat atas ni ayat paling kejam dengan Tuhan. Cuba lah bayang kalau Tuhan bertindak nak qada' kan oksigen kita buat satu waktu. Takyah tunggu satu waktu, satu minit pun dah semput tanpa oksigen. Tau2, arwah dah kita kalau sampai satu waktu solat.

Hmmm, lame aku fikir tentang semua ni. dan akhirnya keluar entry ni juga semuanya untuk mengingatkan diri aku sendiri. Aku yang dah makin jauh dari Tuhan. Padahal, Tuhan lah yang banyak berjasa dalam hidup aku. Tapi, Tuhan tak pernah ungkit. Dan aku tak pernah bersyukur. Kalau manusia lah, dah buat baik pada kita, dan kita pula tak pandai berterima kasih, sah2 laa di ungkit nya , dan dikata kan kita tidak mengenang budi. Inikan pula Tuhan? Pernah Tuhan ungkit? Tidak bukan.. Jarang sekali kita nak sedar kebaikan2 Tuhan.
Yg kita selalu sedar kebaikan kita pada orang. Padahal, belum tentu kebaikan kita itu ikhlas, dan diterima Tuhan.

.."KEMBALIKAN MASA KU DENGAN TUHAN"..

P/s : Kalau sampai aku ada tersalah cakap, tolong betulkan ya. Kesalahan2 aku perlu dibetulkan agar aku tak melakukan nya lagi di lain hari. Terima kasih pada semua yang sudi membaca. Maaf zahir dan batin.


Thursday, June 16, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY | Wabak Jakun




Apa itu SPONTANEOUS THURSDAY?
Aku first time buat ni.
Mood: Batak !! Haha.
Nak tau apa itu SPONTANEOUS THURSDAY?
Mai terjah ABAM JAMES BOND MALAYA ni :)

Pss://Sorila, aku terbuat dalam bentuk gambor :)

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednsday # 2 | Aku Bukan Plastik


.:AKU BUKAN PLASTIK:.
PLASTIK !!
 Sampah Yang Paling Banyak Kat Bumi Ni.
So, Just Be Yourself.
Jangan Plastik2 Ok :)

Wordless Wednesday # 1

..Rezeki tak datang bergolek..
..Dan Tiada Jalan Mudah Untuk Berjaya..


Wednesday, June 8, 2011

Kebakaran Yang Menyayat Hati Limpa Paru-Paru~

...Mempersembahkan tayangan unggul sendirian berhad...

Ini semua gara2 kejadian Kek hangit aku yg mengalami black out sampai gelap tak sangka.
Happpakkk pun tak nampak ! 
Nah, amekkaw !



Kek span yg aku masak khas untuk wat tiramisu kat adik2 aku, hangit bukan kepalang !! OMG!!
dah hangit, takkan nak buang je terus. Sayang gila kot. Dah banyak kuar modal dah ni.
Sian gila kat adik2 aku yg kempunan tiramisu tuh.
*macamla sedap sangat tiramisu aku tuh sampia nak kempunan bagai :)*



Then, terpaksa la menggunakan kreativiti yg maksima untuk mengedit kek2 itu agar masih boleh dijadikan bahan untuk menternak lemak dalam fizikal jasmani aku dan adik2 ku.
Kek asal ade 25 cups. Setelah di edit, tinggai 14cup je.
Lagi 11cup, YILLEK PODECIT!!



Wajah baru setelah di salut dengan krim muka tiramisu.
Licin bagai setanding dengan produk simply siti.



 Comot bukan kepalang.
Sila abaikan tahap kezombian serbuk2 koko yg bergelimpangan tuh.
Ni la wajah sebelum di peti aiskan buat seketika.
Nampak benor hangit nye. memalukan !!



Ok, time to NGAPPP!!
Posing2 dulu, wat kenangan pahit payau untuk tatapan.
Indah khabar dari rupa..
Malang tak berbau..Tapi, kek hangit berbau la sangat..




Muke terpaksa REDHA dengan hadiah supersial dari ku.
Posing bersama TIRAMISU HANGIT YG COMEL LOTE. haha !

Dan, sambil makan2 meREDHAkan diri dengan "TIRAMISU BLACKOUT" yg aku buat tuh,sempat la jugak aku selitkan dengan dadih untuk mereka2 yg tersayang dan mengada2 itu.
Sungguh mithali aku kan? haha. ok!! aku tipu :))
Walaupun, budak hingusan pun pandai wat dadih, tapi apakan daya. ni je la yg termampu aku buat pun.




dah takdak bekas sangat, hentam kromo ja buat dalam ni.
dah, tak yah nak berebut. amekkaw berapa mau.
Kuantiti dalam gambar ni, hanya separuh je.
Kang tunjuk semua nampak beno haloba nya . haha !

..Tuhan , Rezekikan hati2 kami, hati2 yg pandai bersyukur dengan setiap nikmat mu..

..Ok, Bai. Sekian..


Pesanan penaja: 
Jangan leka sangat dengan fesbuk mahupun belog, ataupun twittwer tatkala mebakar kek. 
Nanti jadik macam aku tuh. Bengangsss je!!

Saturday, June 4, 2011

Takde Tajuk Aku Nak Letak . Boleh Korang Bagi Tajuk Entry ni??

Assalamualaikum Hamba2 kesayangan Tuhan 
yg sudi mai datang dari jauh jenguk2, baca2 entry aku ni.
Entah ape aku nk letak tajuk entry kali ni pun aku tak tau.

Sambil berair mate , aku gagau2 cari laptop aku, terus search blogger.com,
pi kat new post nak post entry baru.

Ni sume pasal kek yg aku bakar tadi hangit 80%. Almost totally takley gune dah.
Sayang sangat2 + sedih giler + membazir + geram !

Sayang kerana, kek yg aku buat tu khas untuk adik2 aku yg balik cuti sekolah ni.


Sedih kerana, melihat adik2 aku sedih sebab tak dapat nak makan Kek Tiramisu Strawberry yg aku dah beria2 janji dari minggu lepas lagi.

Membazir kerana, sah-sah la jadi makanan tong sampah je semua tu :(

Geram !! Geram dengan diri sendiri sebab tak mampu nak sabar dengan ujian yg baru Tuhan datangkan sikit ni. Terus nak marah2 mereka yg tak bersalah. Padahal salah sendiri.

Tak pasal2, aku tinggalkan semua benda yg tak jadi tu ketepi, masuk dalam bilik sambil tersedu sedan macam budak kecik, cari laptop, terus nak mengadu dalam blog aku.
..Nampak tak betapa  kecik nya jiwa aku??..

Sedangkan masa tu Tuhan tengah tunggu aku datang mengadu2 kat Dia masalah aku.
Tuhanlah pendengar setia masalah aku diwaktu tiada yg setia dengan ku nak dengar masalah tah ape2 ni.
Tuhan lah yg paling mengenali aku dari diri aku sendiri.
Tuhanlah juga yg aku selalu lupakan sedangkan sedetik pun Dia tak pernah melupakan aku .

...TUHAAAAAAANNNNN...
Aku tahu ujian yg kau takdirkan ini untuk penghapusan Dosa2 ku yg dah melaut banyak nya.
Terampun kah dosa2 ku itu sedangkan aku dah tenggelam di dalam lautan dosa ini ??

...Wahai Nafsuku...
mengalah lah Engkau.
Dasyat nya nafsu yg dah bersarang lama dalam diri aku ni 
sampai sanggup menyalahkan orang lain dari tengok salah diri sendiri !


Pss:// Mak aku kate : Tak guna kamu ada ilmu bermacam2 tapi tak pandai merendah diri dengan Tuhan.
Sebab ilmu yg kamu ada tu pun, hak mutlak Tuhan yg dipinjamkan buat kamu.
Bila2 je, Tuhan boleh ambil balik kalau Tuhan berkehendak.

...Tuhan, jadikan kami Hamba Mu yg pandai Bersyukur...



Thursday, June 2, 2011

Hati Busuk~

Assalamualaikum buat yang sudi mengujungi belog aku ni.

Thanks bagi semangat kat aku lagi.

Entah kenapa, sejak akhir2 ni belog aku semakin jauh dihati.

Dalam kepala banyak je nak update.

Tapi datang bertandang kejap je,pastu  idea2 tu terus balik tanpa dihalau aku.

Argghhh ! Mane pergi nye semangat tu?

Hati pulak makin hari makin tak menentu.

Penyebab??

..Hubungan aku dengan Tuhan dah jauh sekali..
..Tuhan, seolah2 diperkecilkan sama sekali dalam hidup..
..Tuhan, dipinggirkan ketepi..
..Hingga Tuhan lenyap dalam dunia yang aku kejar..
..Sedangkan, kalau bukan kerana kehendak2 Tuhan, takkan dapat ape yang aku ade sekarang..
..Tuhaaaaaaaaaannn, zalim nya aku dengan MU..

Tuhan, kembalikan masa aku dengan Mu.
Supaya aku sentiasa ada masa untuk mendekatkan diri aku dengan Mu.
Sampai aku tidak kecewa bila aku kembali di jemput mu nanti.

Biarlah aku miskin harta..
Asalkan aku tak miskin jiwa..
Kerna kalau aku miskin harta, ia masih boleh dicari..
Tapi, jika aku miskin jiwa.. aku akan mudah putus asa, kecewa dan akhirnya derita.

Dan Tuhan, mampukan lah aku bersusah susah payah
dahulu di dunia ini dengan hak milik mutlak Engkau..
Agar di akhirat nanti aku tak kecundang dan menyesal..

...AMIIINNNNN...

Pssss://tajuk entry macam takde kaitan kan?
Hati busuk tu, hati aku la tu.. Doakan aku ye kawan2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...