Iklan

.:Inilah Wajah-Wajah Penyeri Dan Penyokong Blog saye. SAYE SAYANG KALIAN:.

Wednesday, August 10, 2011

Aku Hanya Seorang Musafir Di dunia Ini.

10.08.2011. Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
06.45 am


Akhirnya berhijrah lah aku dari Perak ke Kuala Lumpur. Dalam tempoh masa entah berapa lama aku pun tak pasti.
Mudah2an selama mana aku bertapak di ibu kota ini, selama itu aku terus berada dalam didikan  Tuhan. 
Perjalanan dari Perak ke Kuala Lumpur yang hanya 3jam seolah2 mengambil masa 30minit sahaja untuk sampai ke destinasi. Entah mengapa aku rasa begitu pantas masa bergerak.


Berat hati nak meninggalkan Perak.
Bertambah berat hati nak bermastautin seketika di ibu kota ini di atas tuntutan hal2 perjuangan. Kalau bukan kerana Mu, Tuhan dan kalau bukan kerana islam, tak mampu aku teruskan perjalanan ini.


Terngiang2 lagi di telinga ini nasihat dari umi ku:

"Pergi ke sana nanti jangan sampai tak ada niat langsung. Pasanglah niat dari awal. Mudah2an pergi kerana ingin berkhidmat untuk islam. Buat sesuatu biarlah kerana Allah. Jangan sampai hati mendongkol terpaksa. Nanti badan penat, sia2. Nafsu bermaharajalela. Kalau dalam perjalanan kamu mati pun, Umi dah tak kisah lagi. Kerana pada masa itu kamu sudah mati dalam keadaan syahid. Kerana ingin menuntut ilmu, dan kerana Allah.


Aduh , Tuhan. Besar nya keinginan seorang ibu yang sangat menginginkan keselamatan anak nya di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Masakan aku sanggup menghampakan nya? 
Ibu mana yang sanggup meNERAKAkan anak nya?Lebih2 lagi Engkau wahai, Tuhan. Melainkan hamba itu sendiri yang memilih jalan ke NERAKA mu. Sesungguh nya kasih sayang Mu sangat mendahului kemurkaan Mu.


Berjuraian air mata didalam bas mengenangkan nasib diri. Mudah2an airmata yg mengalir, bukanlah airmata yang sedih tentang hal2 dunia. Tapi airmata yang sangat mengharapkan pertolongan dari Tuhan selaku hamba yang langsung tiada daya ini. 
Ya, aku mengaku. Aku sangat menjadikan Tuhan itu keperluan bermusim ku.
Bila susah, aku cari Tuhan.
Bila senang, Tuhan seolah2 tak wujud dalam hidupku.
Bila ada masalah, cepat2 aku meminta pertolongan Nya.
Tapi, bila aku mendapat kemudahan, Tuhan langsung aku tolak ketepi.
Sungguh, aku bukan hamba yang setia pada Nya.
Sedangkan Dia sangat setia dengan hamba2 Nya.
Baik waktu senang, dan waktu sukar.


Oh, Tuhan. Maaafkan aku. Aku sangat mahu setia dengan Mu. Tapi, kecintaan ku pada Dunia yang dah lama bersarang dalam hatiku telah menggantikan tempat Engkau. Hingga tiada ruang untuk Engkau dalam hatiku. Sedangkan dunia ini pun Engkau yang punya. Aku ambil barang Engkau, tapi aku lupakan Engkau. Sebiji macam kacang lupakan kulit.


Terima kasih Tuhan, kerana Engkau menyelamatkan perjalanan ku ini.
Terima kasih Tuhan, kerana Engkau menjaga ku sepanjang perjalanan.
Setiap apa yang aku minta dari Mu, tak pernah Engkau kecewakan.
Contohnya : 
masa dalam bas dari Lumut nak ke Batu Gajah. Aku sorang je perempuan dalam bas tu. Yang lain semua penumpang lelaki. Engkau tahu bukan, betapa takut nya aku ketika itu. Takut dengan kerosakan2 dunia sekarang. Macam2 yang terjadi. Hatiku tak putus2 meminta.
"oh, Tuhan. Datangkanlah penumpang perempuan yang ramai. Mudah2an aku punya muhrim didalam bas ini"
Tak putus2 aku minta. Dan sesampai di Batu Gajah, Alhamdulillah..

Seramai2 penumpang wanita naik. Baru aku sedar. Rupa2 nya Engkau sangat inigin hamba2 Mu meminta dan mengharapkan segala sesuatu itu kepada Engkau. Kerana Engkau sangat menawarkan pertolongan yang Maha Hebat. 


walaupun nampak macam kecil je nikmat tu, nampak macam tak de ape la sangat, tapi nikmat kecil ni la yang sedikit sebanyak mendidik aku. Kalau lah bukan kerana Mu Tuhan, siapa lagi yang mampu mendidik dan mengubah aku? Hutan yang 10 tahun dahulu pun boleh bertukar jadi bangunan2 gah, tapi manusia 10 tahun tu belum tentu dapat berubah. Melainkan dengan kekuatan dari Tuhan.


Mudah2an, permusafiran ku ini menjadi titik tolak untuk aku mula bergantung harap sepenuhnya dengan Mu. Aku sudah tiada apa lagi. Dunia ku yang selama ini aku kejar terpaksa aku korbankan di jalan MU. Pedih hati nak lepaskan dunia yang dah lama di tangan ini walau tak semenggah mana. Tapi, mengenangkan kemuliaan MU yang sangat memuliakan hamba2 yang sanggup berkorban habis2an untuk Mu, aku menyerahkan diri.
Tuhan, perlakukanlah apa sahaja ke atas ku. Selagi ia masih didalam didikan dan kasih sayang Mu. Aku buat segala sesuatu bukan kerana pahala dan syurga Mu. Kerana jika aku lakukan berkeranakan itu, aku bukanlah hamba yang ikhlas kerana Mu. Walaupun ikhlas itu Rahsia Mu Tuhan.


Tolonglah aku dari segala segi. Kerana aku memang tiada daya dan kemampuan apa2 kalau bukan kemampuan itu aku dapat dari Engkau. 
Kuatkanlah hatiku bila aku di timpa ujian. Supaya aku tak menunding jari dan menyalahkan Engkau. Supaya aku pandai koreksi diri dengan ujian yang mendatang.
Supaya iman aku tak tergumpal2 dan tak terkorban.
Bahagiakan aku dengan kesedihan2 yang bakal datang. Supaya aku selalu nampak kasih sayang dan nikmat mu dalam kesedihan itu.
Kerana pertolongan, kekuatan dan kebahagiaan yang hakiki dan indah itu hanya ada pada Engkau, Tuhan. Sudilah kiranya jika Engkau menghadiahkan nya buatku. Walaupun siapalah aku disisi Mu.


Aku Hanya Seorang Musafir
Ummu Khaulah Binti Hasan.



1 comment:

NNisa said...

Allah sentiasa ada.
jangan putus meminta. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...