Iklan

.:Inilah Wajah-Wajah Penyeri Dan Penyokong Blog saye. SAYE SAYANG KALIAN:.

Thursday, September 29, 2011

Ogos-September Yang Suram

Bismillahirrahmanirrahim..
Sedih je tengok blog aku ni. Semakin hari semakin terbiar dek ketandusan idea yg semakin menjadi2 sekarang.
Aku tak curang dengan mu wahai blog ku ok, aku cuma takde idea je nak curah.
so sekarang aku curah je ape yang patut.
Mudah2an Tuhan membantu dalam setiap tulisan ku ini. Sampai aku tidak melalikan diri dan orang lain. Aminn.

Part 1: Ogos Yang Suram Durja.

-Tak banyak yang  indah berlaku sepanjang Ramadhan ini.
Minggu pertama Ramadhan lagi aku dah terpaksa berhijrah ke KL atas urusan yg tak dapat di elakkan.
( Meroyan kat pudu sorang2 sambil layan mp3 )

Sepanjang2 kat KL yg serabut unta , banyak jugak yang aku dapat.
Itulah, Tuhan. Kat mana2 sahaja Dia mendidik. Didikan tu tak semesti nya berlaku secara formal. Kadang2 dimarahi orang pun kita boleh terdidik. 
Dari asyik sembahyang sorang2 je kat rumah, Alhamdulillah bila dah duduk berjemaah ni, dapat la jugak merasa sembahyang berjemaah. Kalau nak di hitung apa yang Tuhan bagi, memang tak terhitung banyak nya. Cuma aku je yang tak pandai menerima nikmat Tuhan ini dengan kesyukuran.


Dan sempat jugak jumpak ngan kanak2 ribena ni merangkap adik aku dan sepupu aku.
(muka aku terpaksa di hantukan gara2 wajah yang memang sediakala  menyeramkan)

5hari sebelum raya, pi jalan2 sat kat Masjid india. Perghh !! Boley muntah hitam aku kat situ. Sesak Ya Rabbi !

4Hari sebelum Syawal, aku pun dah selamat memulangkan diri aku kepangkuan jalan.
Dah selamat sampai Perak.
Dah selamat say gudbai kat KL nun. Nanti Jumpak lagi naa. Sekali sekala boley la pi KL tu, kalau banyak kali, mau botak kepala aku nak korek duit tang mana kan?

Oh Tuhan, banyak nya kerja menanti. Dengan order kek yang tertunggak2 ( boleh pakai ke ayat tu)
Selamat memberi sepenuh kasih sayang terhadap kerja2 ku kembali. Chaiyoookk ! Uhukk uhukk !!

Part 2 : September Menjelma

Tup,tup! Tau2 Ramadhan dah nak pergi dah.
Kosong betul Ramadhan aku tahun ni. Tarawikh tah kemana hala. Taddarus lagi la. Hapak pun takdak.
Ibadah tunggang langgang. Tau2 je nak raya. Allahhhh. Malu dengan Tuhan. Padahal Syawal tu untuk orang2 bertaqwa je. Untuk orang2 yang berjaya menundukkan nafsu mereka sepanjang bulan Ramadhan. Tapi aku? Dasar hamba tak malu ! Ampunkan aku, Tuhan :(



Dalam dok tak berbakti apa2 dengan bulan Ramadhan pun, masih tak rasa bersalah. Siap boley renyih macam kerang busuk lagi aku.

Umi, Abi, Adik-adik semua, mintak maaf naa  atas salah silap yang melampau2 dan mencabar had kesabaran korang semua sebelum ni. hehe !
Masa depan2 i segan la nak cakap camni kat u all. Takat sepatah dua boleh la. hehe !

Start je masuk pertengahan raya ( tak ingat tarikh), minachi rabun si Ainie Syeema dah mula mengajak aku ke jalan kesesatan . Apalagi kalau bukan merayau. Memang itulah agenda kami kalau ada masa terluang.

Gambar hanya sandiwara semata2.

 Menyerang Istana Kellie untuk beraya. Namun tuan rumah telah pergi buat selama2 nya. 

muka tak lawa, tapi nak gak renyeh depan lensa. (Aku lettew)


Dari pukul 12tengahhari meninggalkan perkarangan rumah setelah mendapat keizinan kedua orang tua ku, akhirnya tiba di rumah pukul 11.30malam. Perghh !! berguna tak berguna la jenis anak macam aku ni kan? "Sekali sekala sebelum kawen" tu la tagline setia aku bila aktiviti merayap datang menerpa.

Dek kerana kerajinan Kaki si mak cik rabun Ainie Syeema, maka bertandang lah lagi beliau ke daerah ku untuk agenda membuang masa. Dia dengan perkataan Membazir, memang sinonim ! haha.
Sempat gak kami merewang2 sekitar Teluk Batik. ( Padahal dah jemu dah pun memandang nye)




Si Rabun Ainie Syeema

Minah ni ada ilmu hitam, tu pasai boley membuat aksi2 terlarang dan terawang2 di angkasa walau tak sehebak mana !

Puas meratapi kepelbagaian kaum yang menyerang Teluk Batik gara2 hujung minggu, kami beralih kasih ke tempat lain. Merayau sana sini mengikut gerak hati saja. Tanpa arah tuju.

Mak aku pun selalu dok cakap, " Tua atas jalan je la kamu ni. Ghoje merayap aje". hehe !
"Biasak arr" Boleh ke cakap camtu? mau kena sedas dua penampaq asli dari mak aku. :)

Ok, aku rasa aku pun dah ketandusan idea yang melampau dah ni.
dah takde menda lagi nak tulih. Takut plak nak tuleh panjang2. Udahlah entry sokmo tak best. Kang tak dapat apa, dosa yang dapat. 
Tapi takpelah. Aku ade blog ni pun bukan untuk kepentingan. Lagi2 la nak kejar follower beriban2 banyak nye.
jauh sekali la Nak kejar traffic yang tinggi melambung. Update blog sebulan sekali pun belum tentu.

Kalau sampai ade yang sudi datang menjengah, Alhamdulillah.. terima kasih aku ucapkan.
Dan kalau sampai aku ada menulis yang tak kena, mudah2an ada yang sudi datang betulkan :)

Maaf zahir dan batin. Atk~

5 comments:

ainie syeema said...

belog ini patut banyak gmbar kamu! bukan aku wui !!

AswadybinRazali said...

best r citer khaulah ni

Erra Kyra said...

haha comel entry !

pelesit budiman said...

salam.... ish3 maaf le baru follow kamu..!!! huhu... same la kiter blog da bersawang2 da...huhuuuuuu

noor said...

olah !!!apsal lme giler x update blog....
rindu nk bace bebelan mu....(^^,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...